Rabu, 23 April 2014

Agar-agar Mangga Bersusu

Agar-agar Mangga Bersusu

Agar-agar Mangga

agar-agar mangga

Bahan-bahan :

20 gram agar-agar bertali
5 cawan air
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
2 biji mangga yang telah masak


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama 5 cawan air hingga agar-agar hancur.

2. Sementara menunggu, kisarkan atau blender isi buah mangga dengan susu cair.

3. Setelah agar-agar hancur, masukkan gula dan biarkan hingga gula larut.

4. Masukkan mangga yang dikisar bersama susu cair tadi.

5. Biarkan hingga ianya agak mendidih dan bolehlah ditutup api.

6. Masukkan ke dalam bekas untuk disejukkan. Sedia untuk dinikmati.

Cucur Labu Kelapa Lemak Manis

Cucur Labu Kelapa Lemak Manis

Bahan-bahan :

½ biji labu (dikupas kulit dan direbus)
3 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut
Sedikit garam
Gula secukup rasa
1 sudu teh baking powder
Air


Cara Membuatnya :

1. Rebus labu hingga empuk dan dilenyek hingga hancur.

2. Masukkan gula, sedikit garam, kelapa parut, baking powder dan tepung gandum.

3. Seterusnya, masukkan air sedikit demi sedikit.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Panaskan minyak, goreng hingga garing. Sedia untuk dihidang.

Jumaat, 18 April 2014

Karipap Sardin

karipap sardin

Bahan Untuk Kulit :

500 gram tepung gandum (diayak)
3 sudu besar marjerin (dipanaskan sehingga cair)
Sedikit garam
Air secukupnya


Bahan Untuk Inti :

1 tin besar sardin (dihancurkan isinya)
1 labu bawang besar (dihiris nipis)
2-3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
3 biji cili padi (dihiris nipis)
1 biji limau nipis
Sedikit sos cili
Garam secukup rasa


Cara Membuat Kulit :

1. Masukkan marjerin yang telah dicairkan ke dalam tepung gandum. Gaulkan.

2. Kemudian masukkan air garam sedikit demi sedikit. 

3. Uli hingga permukaan doh menjadi licin dan tidak melekat pada tangan.

4. Kemudian bolehlah dibentuk untuk membuat karipap.


Cara Membuat Inti :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan cili padi hingga agak layu.

2. Masukkan ikan sardin yang dihancurkan bersama sosnya dan juga ubi kentang.

3. Perah limau dan masukkan garam secukup rasa.

4. Masak sehingga ubi kentang empuk dan kuahnya agak kering.

5. Tutup api dan masukkan sedikit sos cili.