Jumaat, 4 Julai 2014

Pau Kukus Berinti Jem Nangka

Pau Kukus Berinti Jem Nangka

Pau Kukus Berinti Jem Nangka

Bahan Untuk Pau :

500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang


Bahan Untuk Jem Nangka :

500 gram buah nangka masak (dikisar halus)
175 gram gula pasir
7 sudu tepung sagu
½ cawan air


Cara Membuat Pau :

1. Masukkan yis mauripan ke dalam mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak berketul.

2. Campurkan tepung gandum bersama gula di dalam bekas.

3. Masukkan minyak dan yis tadi sedikit demi sedikit.

4. Jika masih tidak mencukupi, masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.

5. Buat bentuk bulat kecil dan masukkan jem nangka di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan tadi.

6. Letakkan setiap adunan tadi di atas daun pisang yang dipotong bulat.

7. Setelah itu, bolehlah dikukus selama 10 minit pada suhu yang tinggi.


Cara Membuat Jem Nangka :

1. Masakkan nangka dengan gula sehingga mendidih.

2. Bancuh tepung sagu dengan air.

3. Campurkan dalam nangka dan kacau sehingga jem pekat.

4. Tutup api dan biarkan sejuk.

Selasa, 1 Julai 2014

Jem Nangka

jem nangka

Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

1 kg buah nangka masak (dikisar halus)
350 gram gula pasir
15 sudu tepung sagu
1 cawan air


Cara Membuatnya :

1. Masakkan nangka dengan gula sehingga mendidih.

2. Bancuh tepung sagu dengan air.

3. Campurkan dalam nangka dan kacau sehingga jem pekat.

4. Tutup api dan biarkan sejuk.


Nota :

1. Jem ini tahan selama lebih kurang seminggu lebih sahaja. Jika disimpan dalam peti sejuk, ianya boleh tahan lebih lama.

2. Anda juga boleh menggunakan buah lain seperti rambutan dan cempedak untuk menghasilkan jem menggunakan resipi ini.

Selasa, 17 Jun 2014

Bingka Ubi Kayu

bingka ubi kayu atau bengkang ubi kayu

Sumber Resipi :
Mak Tersayang

Bahan-bahan :

5 cawan ubi parut
1 ½ cawan santan pekat
4-5 sudu besar gula pasir
1 cawan gula merah
1 sudu teh garam
Sedikit minyak masak


Cara Membuatnya :

1. Masak gula merah bersama santan sehingga gula hancur dan tapiskan.

2. Masukkan semua bahan kecuali minyak masak di dalam mangkuk dan digaul rata.

3. Sapu rata loyang dengan minyak masak. Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang.

4. Bakar pada suhu 180oC selama 1 jam atau sehingga masak.

5. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidang.