Khamis, 31 Julai 2014

Kek Coklat Koko Kukus

Kek Coklat Koko Kukus

Sumber Resipi :
Puan Zaiton (Jiran)

Bahan-bahan :

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan 2 sudu)
1 cawan serbuk koko
4 biji telur
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum (boleh kurangkan 2 sudu)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder


Cara Membuatnya :

1. Campurkan susu cair, susu pekat, gula pasir dan serbuk koko di dalam periuk.

2. Masak di atas api 4 bahan tersebut dengan api yang perlahan.

3. Hendaklah dikacau selalu sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sejukkan.

4. Pukul telur hingga kembang dan gebu.

5. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat.

6. Masukkan bahan yang dimasak berselang-seli dengan tepung. Sebatikan.

7. Akhir sekali, masukkan minyak. Tuangkan ke dalam loyang.

8. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Rabu, 23 Julai 2014

Biskut Aiskrim Oren

Biskut Aiskrim Oren

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
1 sudu teh perisa oren
Sedikit pewarna oren
½ cawan tepung ubi kentang
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum atau cukup lembut
Coklat masakan secukupnya
Hiasan warna-warni


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.

2. Masukkan perisa oren dan pewarna. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung ubi kentang dan tepung jagung.

4. Masukkan juga tepung gandum sedikit demi sedikit.

5. Uli sehingga menjadi doh.

6. Terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim.

7. Bakar sehingga masak.

8. Cairkan coklat masakan dan celup atau sapu di atas permukaan kuih.

9. Taburkan hiasan warna-warni dan biarkan hingga coklat keras.

10. Sedia untuk dihidang.

Selasa, 22 Julai 2014

Biskut Buah Kana

biskut buah kana

Sumber Resipi :
Siti Hajar Mat Radzi

Bahan-bahan :

1 cawan gula halus
1 cawan marjerin
1 cawan tepung jagung
1 camca teh esen vanila
1 camca teh baking powder
Tepung gandum ikut lembut
2 biji telur ayam
Sedikit jem untuk menyapunya


Cara Membuatnya :

1. Marjerin dan gula dipukul sampai kembang.

2. Masukkan esen vanila serta telur dan pukul lagi.

3. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan baking powder. Uli hingga sebati.

4. Tekan ke dalam acuan dan keluarkan kuihnya menggunakan lidi.

5. Susun di dalam loyang dan bakar hingga masak.

6. Setelah sejuk, sapukan jem dan tangkupkan dua biskut menjadi satu.