Jumaat, 15 Ogos 2014

Ayam Goreng Simple

Ayam Goreng Simple

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
2 cawan tepung gandum
5 sudu besar serbuk kari daging
2 biji telur
1 sudu teh perencah Hilal (jika suka)
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Ayam dipotong mengikut kesesuaian dan bersihkan.

2. Masukkan garam secukup rasa pada ayam tersebut.

3. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sedikit.

4. Gaulkan kepingan ayam di dalam mangkuk yang berisi telur.

5. Campurkan tepung gandum, serbuk kari dan perencah Hilal di dalam bekas.

6. Kemudian, gaulkan ayam dalam campuran tepung tadi.

7. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan tuskan.

8. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 11 Ogos 2014

Kari Ikan Sepat

gulai atau kari ikan sepat

Bahan A :

Ikan Sepat (dibersihkan)
8 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji buah tomato (dipotong  4)
Kacang bendi (dipotong)
Air asam jawa
Santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (Untuk Menumis) :

5 biji bawang merah (ditumbuk atau dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
1 inci halia (ditumbuk atau dihiris)
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang bendi dan ikan.

5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak.

6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam.

7. Biarkan sehingga tomato lembut. Tutup api.

8. Hidangkan dengan nasi putih.

Rabu, 6 Ogos 2014

Kentang Wedges (Potato Wedges)

Kentang Wedges (Potato Wedges)

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

500 gram ubi kentang (dibuang kulit)
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Potong kentang dan rebuskan dengan sedikit garam. 

2. Masakkan separuh lembut dan tuskan.

3. Masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk.

4. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. 

5. Kacau sehingga sebati (jangan terlalu pekat ataupun cair).

6. Masukkan kentang tadi dan kacau rata.

7. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

8. Hidangkan bersama mayonis dan sos cili.