Selasa, 26 Ogos 2014

Coconut Shake Susu

Coconut Shake Susu

Bahan-bahan :

1 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
2 sudu susu tepung
3 sudu susu pekat manis (secukup rasa)
Aiskrim perisa vanila
Ais ketul secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan kecuali aiskrim di dalam blender.

2. Kisar hingga isi kelapa hancur serta berkrim.

3. Tuangkan ke dalam gelas.

4. Letakkan aiskrim vanila di atasnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 20 Ogos 2014

Cempedak Goreng

cempedak goreng

Bahan-bahan :

1 biji buah cempedak (diambil isinya)
2 cawan tepung beras
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Minyak masak secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung beras, telur, air kapur dan serbuk kunyit di dalam bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit.

3. Bancuh hingga rata dan biarkan sebentar. Jangan bancuh terlalu cair.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Masukkan isi buah cempedak ke dalam bancuhan tepung dan gaul hingga rata.

6. Masukkan ke dalam kuali untuk menggoreng.

7. Balikkan adunan bagi mendapatkan gorengan yang sekata.

8. Apabila kuning keemasan, angkat dan tuskan di dalam tapisan.

9. Sedia untuk dihidang.

Ahad, 17 Ogos 2014

Kek Batik Vico

Kek Batik Vico
Kek Batik Vico
Kek Batik Vico

Bahan-bahan :

300 gram biskut marie (1 bungkus)
250 gram buttercup
1 cawan susu pekat manis (secukup rasa)
2 cawan Vico


Cara Membuatnya :

1. Panaskan kuali dan masukkan buttercup, susu pekat manis dan Vico.

2. Kacau sampai rata dan jangan biar berketul-ketul menggunakan api yang kecil.

3. Bila sudah menggelegak, masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.

4. Gaul sampai semuanya sebati dan tutup api.

5. Masukkan ke dalam loyang, tekan dan ratakan sehingga padat.

6. Letakkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1 hingga 2 jam.

7. Apabila hendak makan, keluarkan lebih kurang 1 atau 2 jam lebih awal.

8. Kek akan menjadi lebih lembut dan memudahkan proses untuk dipotong.

9. Sedia untuk dinikmati.