Isnin, 29 September 2014

Popia Sardin

popia sardin

Bahan-bahan :

1 tin kecil sardin (dihancurkan bersama sos)
1 biji bawang besar (dipotong dadu)
3 biji ubi kentang (dipotong dadu)
1 biji limau kasturi @limau nipis
Cili padi (dihiris kecil)
Sedikit sos cili (jika suka)
Garam secukup rasa
Kulit popia


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak, masukkan bawang dan juga cili padi.

2. Tumis hingga bawang layu.

3. Masukkan ubi kentang dan ikan yang telah dihancurkan.

4. Masukkan juga sedikit air dan perahan limau.

5. Masak sehingga ubi empuk dan airnya kering.

6. Tutup api dan campurkan sedikit sos cili.

7. Kacau hingga sebati dan biarkan ianya agak sejuk.

8. Letakkan inti sardin di atas kulit popia dan gulungkan dengan kemas.

9. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak.

10. Sedia untuk dinikmati.

Isnin, 22 September 2014

Biskut Coklat dengan Oat @ Chocolate Oat Cookies

Biskut Coklat dengan Oat @ Chocolate Oat Cookies
Sumber Resipi :

Bahan-bahan :

2 ½ cawan oat segera
½ cawan serbuk koko
1 ½ cawan tepung gandum
1 ½ cawan tepung ubi kentang
1 camca teh baking powder
1 camca teh soda bikarbonat
1 cawan marjerin @ mentega
1 cawan gula pasir
1 cawan gula perang
2 biji telur
1 cawan coklat chip @ cincangan coklat


Cara Membuatnya :

1. Campurkan semua bahan-bahan kering seperti tepung, serbuk penaik, koko, oat dan lain-lain.

2. Pukul mentega dengan gula dan gula perang sehingga kembang.

3. Masukkan telur dan pukul hingga sebati.

4. Campurkan adunan dengan bahan kering sedikit demi sedikit sambil dikacau dengan spatula.

5. Setelah semuanya sebati, rehatkan adunan lebih kurang ½ jam.

6. Bentukkan mengikut suka dan hias dengan coklat chip, kacang dan sebagainya.

7. Bakar selama 12-15 minit dan sedia untuk dihidang.

Pulut Kuning

Pulut Kuning

Bahan-bahan :

1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh selama 4 atau 5 jam.

2. Tuskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang. Kukus sehingga naik wap.

3. Campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati.

4. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar. Tuangkan santan dan kacau rata.

5. Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap.

6. Keluarkan pulut dan tekan dalam acuan atau loyang.

7. Potong dan hidangkan bersama kari, serunding dan sebagainya.


Nota :

Jika pulut kurang lembut, boleh tambahkan sedikit santan lagi.