Khamis, 16 Oktober 2014

Cara Membuat Sos Cili di Rumah

sos cili

Bahan-bahan :

100 gram cili kering (dibersihkan dan dibuang biji)
300 gram gula
Garam mengikut rasa
30 gram bawang putih
30 gram tepung ubi @ kanji ubahsuai
Air
½ cawan cuka


Cara Membuatnya :

1. Cili kering dibersihkan dan dibuang bijinya, rendam semalaman.

2. Bawang putih yang telah dibersihkan dihancurkan bersama cili yang telah direndam dengan menggunakan mesin pengisar.

3. Masukkan campuran yang telah dikisar ke dalam periuk dan panaskan sehingga hilang bau cili.

4. Masukkan garam dan kacau rata-rata.

5. Masukkan gula yang telah dicampur dengan tepung ubi @ kanji ubahsuai. Kacau rata-rata.

6. Didihkan sehingga mendapat kepekatan yang dikehendaki. Masukkan cuka dan kacau lagi.

7. Angkat dan isikan ketika panas ke dalam botol yang bersih.

8. Tutup botol segera dan sejukkan.

Isnin, 13 Oktober 2014

Cornflakes Madu Peanut Butter

Cornflakes Madu Peanut Butter

Cornflakes Madu Peanut Butter

Bahan-bahan :

125 gram buttercup
½ cawan madu
2 sudu besar gula
325 gram cornflakes (1 kotak)
5 sudu besar peanut butter
Gula manik sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

1. Cairkan buttercup,  gula dan madu di dalam kuali.

2. Masukkan peanut butter dan kacau hingga rata.

3. Perlahankan api dan masukkan cornflakes.

3. Kacau rata dan masukkan ke dalam cawan kertas.

4. Taburkan gula-gula manik di atasnya.

5. Bakar pada suhu 170 oC selama 10 minit.

Selasa, 7 Oktober 2014

Semperit Susu

Semperit Susu

Bahan-bahan :

4 cawan tepung jagung
1 cawan susu pekat manis
1 cawan marjerin (campur dengan buttercup)
Ceri


Cara Membuatnya :

1. Campurkan semua bahan di dalam bekas.

2. Uli hingga menjadi doh.

3. Jika adunan masih lembut, masukkan tepung jagung lagi.

4. Tekan dengan menggunakan acuan semperit.

5. Bakar pada suhu 150 oC selama 15-20 minit.

6. Biarkan ianya sejuk dan simpan dalam bekas kedap udara.


Popia Mini

popia mini

serunding ikan bilis
Klik pada Imej

Bahan Untuk Popia Mini :

1 bungkus kulit popia
Serunding ikan bilis
2 sudu tepung gandum (dibancuh bersama air sebagai gam)


Cara Membuat Popia Mini :

1. Potong kulit popia menjadi 4 bahagian.

2. Letakkan serunding di tengah kulit popia, lipat dan gulung dengan kemas.

3. Gamkan dengan tepung gandum yang dibancuh tadi. Buat hingga selesai.

4. Panaskan minyak, goreng menggunakan api perlahan.

5. Masak sehingga kuning keemasan.

6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.

Sabtu, 4 Oktober 2014

Biskut Rerama Nestum

Biskut Rerama Nestum

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawam gula halus
1 cawan tepung ubi
1 ½ cawan tepung gandum
1 cawan nestum
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
Gula manik sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dan gula hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan nestum.

3. Masukkan tepung ubi dan tepung gandum sedikit demi sedikit.

4. Jika masih lembut boleh tambahkan tepung ubi lagi.

5. Uli hingga menjadi doh.

6. Terap dengan menggunakan acuan berbentuk rama-rama.

7. Hiaskan dengan gula manik di atasnya.

8. Bakar sehingga masak.

Khamis, 2 Oktober 2014

Agar-agar Rose Selasih

Agar-agar Rose Selasih

Agar-agar Rose Selasih

Bahan-bahan :

12 gram agar-agar bertali
3 cawan air
Perisa ros
Gula secukup rasa
1 sudu biji selasih
Dua helai daun pandan (disimpul)
Air panas


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama 3 cawan air sehingga larut.

2. Letakkan daun pandan untuk mewangikannya.

3. Sementara menunggu agar-agar hancur, tuangkan air panas pada biji selasih.

4. Biarkan sehingga biji selasih kembang dan toskan airnya.

5. Setelah agar-agar kembang, masukkan gula dan biarkan larut.

6. Masukkan perisa ros dan biji selasih tadi.

7. Tunggu hingga mendidih dan tuangkan ke dalam acuan.

8. Sejukkan sehingga agar-agar mengeras sepenuhnya.

9. Sedia untuk dinikmati.

Biskut Bunga Kelapa Lemak Manis

Biskut Bunga Kelapa Lemak Manis

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
½ cawan tepung kastard
½ cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
1 sudu teh esen vanila
Jem


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan kelapa. Kacau hingga sebati.

3. Seterusnya, masukkan tepung jagung dan tepung gandum.

4. Uli hingga menjadi doh.

5. Terap dengan acuan bunga dan letakkan jem di atasnya.

6. Taburkan sedikit kelapa di atas permukaan jem tersebut.

7. Bakar di dalam ketuhar sehingga masak.

8. Sedia untuk dinikmati.