Jumaat, 30 Januari 2015

Biskut Kerisik

Biskut Kerisik

Biskut Kerisik

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 cawan kelapa parut putih (digoreng kuning)
2 biji telur
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung sagu (digoreng hingga ringan dan garing)


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin dengan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar lagi.

3. Masukkan kelapa parut dan gaul sebati.

4. Ayak tepung gandum dan tepung sagu.

5. Masukkan ke dalam adunan dan jika masih lembut tambahkan tepung lagi.

6. Uli sehingga mendapat adunan yang boleh dibentuk.

7. Canaikan doh dan tekan dengan acuan berbentuk bulan sabit.

8. Bakar di dalam ketuhar sehingga garing.

9. Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 28 Januari 2015

Biskut Oat Nestum

Biskut Oat Nestum

Biskut Oat Nestum

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
2 sudu besar susu pekat manis
1 biji telur
1 cawan oat
1 cawan Nestum
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dengan marjerin sehingga kembang dan ringan.

2. Masukkan esen vanila dan telur.

3. Masukkan oat dan Nestum.

4. Ayak tepung jagung dan tepung gandum.

5. Masukkan sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

6. Canaikan doh dan terap dengan acuan yang digemari.

7. Bakar di dalam ketuhar sehingga garing.

8. Sedia untuk dinikmati.

Selasa, 27 Januari 2015

Kuih Lopes

kuih lopes

kuih lopes

Bahan A :

2 cawan pulut
2 cawan santan cair (½ biji kelapa)
½ cawan air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
1 sudu teh air kapur
½ biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa


Bahan B (Air Gula) :

1 cawan air
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.

2. Masukkan semua bahan kecuali kelapa parut muda ke dalam loyang dan kukus sehingga 30 minit.

3. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Kemudian ketepikan.

4. Keluarkan pulut yang sudah dimasak dan masukkan ke dalam mangkuk kecil, kemudian tekan supaya leper tetapi padat.

5. Gaulkan dengan kelapa parut muda yang sudah digaulkan dengan garam.

6. Hidangkan dengan air gula merah.

Isnin, 12 Januari 2015

Agar-agar Roti Milo

Agar-agar Roti Milo

Agar-agar Roti Milo

Bahan-bahan :

24 gram agar-agar
1 tin susu cair
4 ½ cawan air
5 keping roti
1 sudu planta
Milo
Gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Roti dicarikkan dan dikisar bersama susu cair sehingga halus. Ketepikan.

2. Masak agar-agar bersama 4 ½ cawan air sehingga hancur.

3. Kemudian, masukkan gula secukup rasa.

4. Tuangkan adunan roti yang dikisar ke dalam agar-agar tadi.

5. Kacau perlahan dan masak dengan api sederhana sehingga mendidih.

6. Masukkan planta untuk mengilatkan agar-agar sambil kacau perlahan-lahan.

7. Apabila telah mendidih, tutup api.

8. Asingkan sedikit adunan dan masukkan milo. Kacau hingga sebati.

9. Tuangkan adunan roti tadi ke dalam acuan secara berselang.

10. Sejukkan di dalam peti sejuk dan bolehlah dihidang.

Isnin, 29 Disember 2014

Kuih Kalakatar Versi Tepung Gandum

Kuih Kalakatar Versi Tepung Gandum

Kuih Kalakatar Versi Tepung Gandum

Bahan-bahan :

4 biji kelapa muda (diambil isi dan airnya)
3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
2 biji telur
7 ½ cawan air kelapa muda
1 ½ - 2 cawan gula (secukup rasa)
Secubit garam


Cara Membuatnya:

1. Lenser loyang yang bersesuaian dengan sedikit marjerin. Tidak perlu dialas.

2. Masukkan telur dan gula ke dalam mangkuk adunan. Pukul telur dan gula bersama sedikit garam hingga gula larut dan telur berbuih. Tak perlu kembang.

3. Masukkan tepung beras, tepung gandum dan air kelapa secara berselang-seli, sedikit demi sedikit hingga habis. Pastikan adunan sebati.

4. Masukkan bater ke dalam loyang. Letakkan loyang di rak paling bawah di dalam oven.

5. Taburkan isi kelapa muda di permukaan atas kuih.

6. Bakar sehingga masak. Bahagian atas kuih nampak keperangan apabila kuih telah masak sempurna.

7. Sejukkan kuih sepenuhnya sebelum dipotong dan dihidang.

Rabu, 24 Disember 2014

Biskut Oat Koko

Biskut Oat Koko

Biskut Oat Koko

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
1 ½ cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
3 cawan oat
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
1 biji telur
5 sudu besar serbuk koko
50 gram coklat chip


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dan marjerin sehingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi.

3. Masukkan serbuk koko dan oat. 

4. Ayak tepung bersama soda dan masukkan sedikit demi sedikit.

5. Akhir sekali, masukkan coklat chip.

6. Uli sehingga mendapat doh yang baik.

7. Buat bentuk bulat dan tekankannya di atas dulang pembakar.

8. Bakar di dalam ketuhar sehingga masak.

Ahad, 21 Disember 2014

Serimuka Jagung

Serimuka Jagung

Serimuka Jagung

Bahan A (Lapisan Bawah) :

1 cawan pulut
1 cawan jagung hiris @ jagung biji di dalam tin
1 ½  cawan santan cair ( ½ biji kelapa)
1 sudu teh garam


Bahan B (Lapisan Atas) :

2 cawan santan pekat
½ cawan air tapisan pandan
1 sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula pasir
2 sudu makan tepung kastard
1 biji telur
1 sudu teh garam


Cara Membuat Lapisan Bawah :

1. Basuh dan rendamkan pulut selama 3 jam.

2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak.

3. Sapukan sedikit minyak atau lapikkan plastik ke dalam loyang.

4. Tekan pulut dan jagung yang sudah masak tadi.

5. Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.


Cara Membuat Lapisan Atas :

1. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata. Kemudian tapiskan.

2. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku.

3. Tuangkan perlahan-lahan ke atas pulut tadi.

4. Kukuskan selama 30 minit.

5. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan.