Ahad, 7 Februari 2016

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Bahan-bahan :

30 gram agar-agar bertali
7 mug air
1 mug susu cair
Gula secukup rasa
Biskut oreo
Milo secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan sehingga agar-agar hancur.

2. Seterusnya, masukkan gula secukup rasa.

3. Biarkan gula larut dan masukkan susu cair.

4. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.

5. Patah-patahkan biskut oreo (termasuk inti) dan diletakkan dalam acuan.

6. Tuang separuh agar-agar ke dalam acuan. Biarkan ia sedikit keras.

7. Letakkan serbuk milo di dalam agar-agar yang tinggal.

8. Kacau hingga sekata supaya tidak berketul.

9. Tuangkan ke atas agar-agar tadi untuk lapisan kedua.

10. Biarkan hingga keras sepenuhnya dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 23 Januari 2016

Pulut Kacau Pink

pulut kacau

pulut kacau

pulut kacau
Sumber Resipi :
Nenek Tersayang

Bahan-bahannya :

1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 kg gula pasir
1 cawan air
Pewarna merah @ bes minuman perisa rose
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam beras pulut semalaman. Kemudian, toskan airnya.

2. Masukkan pulut di dalam periuk pengukus dan buatkan lubang di tengahnya.

3. Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak. Tutup api.

4. Di dalam kuali, campurkan santan, gula, garam, air dan juga pewarna.

5. Letakkan juga daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

6. Masak campuran tersebut sehingga mendidih.

7. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.

8. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.

9. Potong dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 2 Januari 2016

Kek Mentega Pelangi

Kek Mentega Pelangi

Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, hijau dan kuning.


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Seterusnya, masukkan esen vanilla.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan.

5. Kacau hingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.

7. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.

8. Tuangkan adunan kek dan bakar sehingga masak.

9. Sedia untuk dinikmati.