Sabtu, 13 Februari 2016

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Agar-agar Jelly Tiga Layer

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
8 mug air
1 tin susu cair
Gula secukup rasa
Strawberi emulco
Bes minuman berperisa jagung
Jelly pelbagai perisa


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama air hingga mendidih dan agar-agar menjadi hancur.

2. Masukkan gula secukupnya dan biarkan hingga gula larut.

3. Masukkan susu cair dan masak hingga mendidih.

4. Tutup api dan biarkan agar-agar menjadi suam kerana jika terlalu panas boleh menyebabkan jelly cair.

5. Susun jelly ke dalam acuan dan masukkan ke dalam peti ais di bahagian beku seketika.

6. Bahagikan agar-agar kepada tiga bahagian.

7. Letakkan perisa jagung serta strawberi. Satu lagi dibiarkan kosong iaitu agar-agar perisa susu.

8. Tuangkan agar-agar susu ke atas jelly dengan perlahan dan biarkan sejuk.

9. Setelah sedikit keras, cakarkan sedikit tuangkan agar-agar strawberi pula.

10. Akhir sekali, cakarkan lagi masukkan agar-agar perisa jagung.

11. Biarkan ia keras sepenuhnnya dan sedia untuk dinikmati.

Rabu, 10 Februari 2016

Bubur Cha Cha dengan Nangka

Bubur Cha Cha dengan Nangka

Bahan-bahan :

Cha cha
Gula merah
Gula pasir
Daun pandan
Santan (dari satu biji kelapa)
Sedikit garam
Isi nangka (dipotong)


Cara Membuatnya :

1. Rebus cha cha bagi lembut dan tapiskan.

2. Masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula larut.

3. Tapis dan masukkan dalam periuk lain.

4. Campurkan juga santan, gula pasir, garam dan daun pandan.

5. Buka api dan masak hingga mendidih.

6. Masukkan cha cha tadi dan juga isi nangka.

7. Biarkan hingga mendidih dan tutup api.

8. Sedia untuk dinikmati.

Ahad, 7 Februari 2016

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Agar-agar Lapis Oreo dan Milo

Bahan-bahan :

30 gram agar-agar bertali
7 mug air
1 mug susu cair
Gula secukup rasa
Biskut oreo
Milo secukupnya
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan sehingga agar-agar hancur.

2. Seterusnya, masukkan gula secukup rasa.

3. Biarkan gula larut dan masukkan susu cair.

4. Biarkan sehingga mendidih dan tutup api.

5. Patah-patahkan biskut oreo (termasuk inti) dan diletakkan dalam acuan.

6. Tuang separuh agar-agar ke dalam acuan. Biarkan ia sedikit keras.

7. Letakkan serbuk milo di dalam agar-agar yang tinggal.

8. Kacau hingga sekata supaya tidak berketul.

9. Tuangkan ke atas agar-agar tadi untuk lapisan kedua.

10. Biarkan hingga keras sepenuhnya dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 23 Januari 2016

Pulut Kacau Pink

pulut kacau

pulut kacau

pulut kacau
Sumber Resipi :
Nenek Tersayang

Bahan-bahannya :

1 kg beras pulut
1 kg santan pekat
1 kg gula pasir
1 cawan air
Pewarna merah @ bes minuman perisa rose
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan rendam beras pulut semalaman. Kemudian, toskan airnya.

2. Masukkan pulut di dalam periuk pengukus dan buatkan lubang di tengahnya.

3. Panaskan periuk pengukus dan kukus pulut sehingga masak. Tutup api.

4. Di dalam kuali, campurkan santan, gula, garam, air dan juga pewarna.

5. Letakkan juga daun pandan yang disimpul untuk mewangikannya.

6. Masak campuran tersebut sehingga mendidih.

7. Masukkan pulut dan kacau sehingga airnya kering.

8. Tuangkan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sepenuhnya.

9. Potong dan sedia untuk dihidang.

Sabtu, 2 Januari 2016

Kek Mentega Pelangi Versi 2

Kek Mentega Pelangi

Kek Mentega Pelangi

Bahan-bahan :

1 ½ cawan marjerin
1 ½ cawan gula halus
2 ½ cawan tepung gandum
5 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila
Pewarna merah, hijau dan kuning.


Cara Membuatnya :

1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.

2. Seterusnya, masukkan esen vanilla.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Ayak tepung gandum dan serbuk penaik dan masukkan ke dalam adunan.

5. Kacau hingga sebati.

6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna.

7. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin terlebih dahulu.

8. Tuangkan adunan kek dan bakar sehingga masak.

9. Sedia untuk dinikmati.