Sabtu, 3 Disember 2016

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Jeruk Jambu Susu Asam Boi

Bahan-bahan :

Jambu susu
Asam boi
Gula (lebihkan)
Garam
Cili padi (dipotong nipis dan lebihkan jika suka pedas)


Cara Membuatnya :

1. Basuh dan potong buah jambu susu mengikut saiz yang dikehendaki.

2. Gaulkan buah jambu susu dengan semua bahan hingga sekata.

3. Rasa dahulu sama ada cukup manis dan masinnya.

4. Simpan dalam peti ais  selama 4 hingga 5 jam.

5. Sedia untuk dinikmati.

Ahad, 16 Oktober 2016

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Kuih Lopes Merajuk

Bahan A :

500 gram beras pulut
1 ¼ mug santan cair
½ mug air tapisan pandan (7 helai daun pandan)
½ biji kelapa parut muda
Garam secukup rasa
Daun pisang (dilayurkan)


Bahan B (Air Gula) :

1 cawan air
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Basuh beras pulut dan rendamkan selama 1 hingga 2 jam.

2. Masukkan beras pulut, santan dan juga air daun pandan ke dalam loyang.

3. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

4. Masakkan bahan B sehingga mendidih dan tapiskan. Ketepikan dahulu.

5. Bungkuskan pulut yang telah masak dengan daun pisang. Tekan dengan padat.

6. Ikat hujung daun pisang dengan tali agar tidak terbuka.

7. Kukus semula pulut tersebut selama 10 hingga 15 minit. Tutup api.

8. Potong pulut dengan benang agar lebih cantik.

9. Gaulkan pulut tersebut dengan  kelapa yang telah dimasukkan sedikit garam.

10. Hidangkan dengan air gula yang dimasak tadi.

Sabtu, 1 Oktober 2016

Apam Nasi Salini

Apam Nasi Salini

Apam Nasi Salini

Bahan-bahan :

1 cawan tepung gandum
1 cawan nasi sejuk
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
1 sudu kecil yis
1 cawan air


Cara Membuatnya :

1. Kisar nasi sejuk bersama gula dan air sehingga hancur.

2. Campurkan bahan yang dikisar bersama tepung dan yis.

3. Kacau hingga sebati dan perap adunan selama 3 jam.

4. Masukkan dalam acuan yang disapu sedikit minyak.

5. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

6. Enak dimakan bersama kelapa parut putih dicampur sedikit garam.

Sabtu, 24 September 2016

Cara Membuat Jus dan Jem Roselle

kordial roselle

Bahan Untuk Membuat Jus @ Kordial Roselle :


30 biji roselle (kopek kelopak,  buang biji dan cuci bersih)
2 liter air
5 cawan gula kasar


Cara Membuat Jus @ Kordial Roselle :


1. Masukkan kelopak roselle yang telah dicuci bersih ke dalam periuk bersama air.

2. Panaskan atas api dan masukkan gula, gaulkan sehingga gula cair.

3. Biarkan menggelegak dan renehkan selama 20 minit dengan api sederhana.

4. Tutup api dan tapiskan air roselle.

5. Tinggalkan sedikit air untuk dikisar bersama kelopak bunga tadi untuk dibuat jem.

6. Biarkan sejuk disuhu bilik baru disimpan dalam botol yang sesuai.

7. Jika hendak membancuhnya, hanya masukkan sedikit air dan ketul ais secukupnya.


jem roselle

Bahan Untuk Membuat Jem Roselle


Kelopak roselle yang direbus tadi bersama sedikit airnya.
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar air


Cara Membuat Jem Roselle :


1. Kisarkan kulit roselle yang ditoskan tadi sehingga lumat.

2. Tuang dalam kuali, panaskan roselle sehingga sedikit kering.

3. Bancuh tepung jagung bersama 4 sudu besar air. Kacau hingga sekata.

4. Tuang adunan tepung jagung tadi supaya adunan lebih pekat.

5. Gaul sebati dan renehkan dalam 10 minit.

6. Simpan dalam balang kaca dan sejukkan dalam peti sejuk.

7. Boleh disapu pada roti atau membuat filling untuk pelbagai hidangan.

Ahad, 18 September 2016

Kek Mentega Pandan Coklat

Kek Mentega Pandan Coklat

Kek Mentega Pandan Coklat

Kek Mentega Pandan Coklat

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup @ marjerin
1 cawan gula halus (kurangkan 2 sudu besar)
5 biji telur
2 sudu besar susu pekat manis
2 cawan tepung kek @ tepung naik sendiri
Pandan emulco
Serbuk koko secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan susu pekat manis dan pukul hingga sekata.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul lagi.

4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sekata.

5. Asingkan adunan kepada dua bahagian.

6. Satu bahagian diletakkan pandan emulco dan satu lagi masukkan serbuk koko.

7. Sapukan bekas acuan dengan sedikit marjerin.

8. Letakkan sesudu adunan secara berselang-seli atau mengikut kreativiti sendiri.

9. Bakar adunan sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 17 September 2016

Biskut Nestum Susu

Biskut Nestum Susu

Biskut Nestum Susu

Biskut Nestum Susu

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
¾ cawan gula aising
2 cawan nestum
2 sudu besar serbuk koko
2 cawan tepung gandum


Bahan B :

Gula aising secukupnya
Susu tepung secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula sehingga sebati
.
2. Masukkan serbuk koko dan gaul sebati.

3. Masukkan nestum, gaul lagi dan akhir sekali masukkan tepung.

4. Gaul sehingga menjadi doh dan tekan dengan acuan yang disukai.

5. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 10-15 minit.

6. Selepas ia sejuk golekkan biskut dengan bahan B.

Biskut Cornflakes Kak Ju

Resipi Biskut Cornflakes Kak Ju

Resipi Biskut Cornflakes Kak Ju

Resipi Biskut Cornflakes Kak Ju

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup @ marjerin
¾ cawan gula aising
2 cawan cornflakes yang dikisar
1 sudu teh esen vanila
1 cawan tepung jagung
½ cawan tepung gandum
Gula manik
Putih telur


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.

3. Masukkan sedikit demi sedikit dan jika sudah keras jangan habiskan.

4. Jika masih lembut tambahkan tepung jagung lagi.

5. Uli hingga menjadi doh dan terap dengan acuan yang disukai.

6. Letakkan putih telur di atasnya dan taburkan gula manik.

7. Bakar di dalam ketuhar hingga masak.