Ahad, 26 November 2017

Air Kelapa Muda Gula Merah





Bahan-bahan :

1 biji kelapa muda (ambil isi dan airnya)
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
Ais ketul secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan air kelapa dan isinya di dalam bekas.

2. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air.

3. Masukkan juga daun pandan untuk lebih wangi.

4. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Tapiskan.

5. Tuang ke dalam bekas berisi air kelapa tadi.

6. Kacau hingga sebati dan masukkan ketul ais secukupnya.

7. Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang.

Ahad, 19 November 2017

Kuih Kalakatar Versi 2

kalakatar

kalakatar

kalakatar

kalakatar
Sumber Resipi :
Ulun Banjarese

Bahan-bahan :

1 ½ cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
1 cawan gula (kurangkan sikit jika air kelapa sudah manis)
2 biji telur
6 cawan air kelapa muda (kalau nak kuih keras sikit, boleh letak 5 cawan air)
2 cawan isi kelapa muda
½ sudu teh garam


Cara Membuatnya :

1. Campurkan dan gaulkan tepung, gula, telur, garam dan air kelapa di dalam satu bekas.

2. Setelah campuran tadi sudah digaul sebati, tapiskan ia ke dalam periuk agar tiada tepung yg berketul.

3. Masak adunan dalam periuk dengan mengguna api sederhana hingga naik wap dan hendaklah sentiasa dikacau.

4. Kemudian masukkan ke dalam dulang yang disapu dengan sedikit minyak.

5. Taburkan isi kelapa muda, bakar selama 1 ½ jam dengan kepanasan 200oC .


Nota :

1. Resipi ini saya kurangkan air menjadi 5 ½ cawan air.

2. Gula juga saya kurangkan sebanyak 3 sudu besar kerana air kelapa sudah manis.

3. Sejukkan kuih semalaman dalam peti sejuk barulah boleh dipotong.

Sabtu, 9 September 2017

Popia Nestum Milo





Bahan-bahan :

1 paket besar kulit popia
1 cawan Nestum
1/2 cawan Milo
1/2 cawan gula halus


Cara Menggulung Kulit Popia :

1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil sekeping kulit popia, gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh digunakan.

3. Gulung kulit popia dan di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

4. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting menyerong kerana nestum dan milo boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.

5. Apabila siap digunting, goreng kulit popia hingga kekuningan.


Cara Membuat Adunan Nestum Milo :

1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.

2. Salutkan dengan adunan nestum milo ini ketika kulit popia masih panas supaya ia melekat.

3. Sedia untuk dihidang.