Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula pasir
5 biji telur
2/3 cawan santan @ 150 ml
1 sudu teh perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Kelapa parut
Sedikit garam
Cara Membuatnya :
1. Putar gula bersama telur hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan perisa pandan dan pewarna hijau. Putar lagi.
3. Seterusnya, masukkan santan.
4. Akhir sekali, masukkan tepung gandum dan tepung beras.
Putar hingga kembang dan sebati.
5. Sapukan acuan dengan sedikit minyak agar kuih tidak
melekat.
6. Letakkan sedikit kelapa parut yang telah dicampur dengan
garam. Tekankan kelapa parut tersebut agar menjadi mampat dan kejap.
7. Tuangkan adunan tepung tadi.
8. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus sehingga masak.