Bahan-bahan
:
3 cawan ubi kayu yang diparut
1 cawan santan
½ cawan gula merah
3 sudu besar gula pasir (ikut manis)
Sedikit garam
Kelapa parut putih
Daun pisang secukupnya (dilayurkan)
Cara
Membuatnya :
1. Masak gula merah bersama ½ cawan santan sehingga gula
hancur dan tapiskan.
2. Campurkan dengan ubi, lebihan santan dan gula. Kacau hingga
sebati.
3. Gaulkan kepala parut dengan sedikit garam.
4. Letakkan adunan ubi di atas daun pisang dan letakkan kelapa
di tengahnya.
5. Lipat dengan kemas daun pisang tersebut.
6. Kukus sehingga masak dan sedia untuk dihidang.
saya suka lepat ubi...
BalasPadam