Halaman

Rabu, 31 Disember 2025

Resipi Kek Pandan Layer @ TikTok kakshidabakery






Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram air @ susu full krim

1 sudu teh perisa pandan

1 sudu teh pewarna hijau

4 biji telur

50 gram minyak

 

Bahan Untuk Layer Kek @ Puding Kastard :

Bahan A :

550 gram air

10 gram serbuk agar-agar

150 gram gula

1 sudu teh garam

 

Bahan B :

250 gram santan

80 gram tepung kastard

½ sudu teh pewarna hijau

400 gram air pandan (daripada 5 helai daun pandan)

 

Cara Membuat Kek :

1. Campurkan tepung spongemix dan susu full krim dalam food processor.

2. Masukkan juga perisa pandan, pewarna hijau dan telur.

3. Putar selama 5 hingga 6 minit sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 160 selama 30 hingga 35 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Memasak Puding Kastard :

1. Mula-mula kacau sebati semua bahan B dalam bekas.

2. Bahan B iaitu santan, tepung kastard, pewarna hijau dan air daun pandan.

3. Ketepikan dulu bahan B yang telah dikacau sebati.

4. Satukan bahan A iaitu air, serbuk agar-agar, gula dan garam dalam kuali.

5. Masak hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan B yang dikacau tadi.

6. Masak sehingga adunan menjadi pekat. Tutup api.

7. Terus layer ketika masih panas.

 

Cara Layer Kek :

1. Potong kek kepada 3 bahagian.

2. Mula-mula masukkan 4 senduk kastard dalam loyang dan ratakan.

3. Kemudian letak kek dan masukkan 2 senduk kastard.

4. Letak kek yang kedua dan masukkan 2 senduk kastard.

5. Letak kek yang terakhir dan masukkan kesemua kastard.

6. Biarkan sejuk selama 4 jam.

 

Nota :

1. Kisar 5 hingga 6 helai daun pandan untuk dapatkan air daun pandan.

2. Guna loyang saiz 8 x 8 untuk kek dan juga layer.