Memaparkan catatan dengan label Kuih Raya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kuih Raya. Papar semua catatan

Isnin, 19 Mac 2018

Samperit Susu Salina Ismail



Sumber Resipi :
Salina Ismail

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung ubi
3 cawan tepung jagung
Coklat chip


Cara Membuatnya :

1. Sebatikan buttercup, susu pekat dan esen vanila.

2. Kacau sebati menggunakan senduk kayu dan tidak perlu pukul hingga kembang.

3. Kemudian, masuk tepung ubi dan tepung jagung.

4. Jika doh masih lembut tambahkan tepung jagung sampai tidak melekat di tangan.

5. Selepas itu, boleh tekan dengan menggunakan acuan samperit.

6. Letakkan coklat chip atau ceri sebagai hiasan.

7. Biarkan 1 jam baru dibakar untuk elak bunga jatuh.

8. Bakar pada suhu 170oC api atas dan bawah sehingga masak.

9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.

Sabtu, 9 September 2017

Popia Nestum Milo





Bahan-bahan :

1 paket besar kulit popia
1 cawan Nestum
1/2 cawan Milo
1/2 cawan gula halus


Cara Menggulung Kulit Popia :

1. Bancuh tepung gandum bersama sedikit air sebagai gam kulit popia.

2. Ambil sekeping kulit popia, gulung dengan menggunakan chop stick dan jika tiada straw atau lidi juga boleh digunakan.

3. Gulung kulit popia dan di hujung kulit popia gamkan dengan bancuhan tepung gandum tadi.

4. Selepas semuanya siap digulung, gunting mengikut citarasa kesukaan anda. Lebih baik digunting menyerong kerana nestum dan milo boleh menyerap masuk ke dalam kulit popia.

5. Apabila siap digunting, goreng kulit popia hingga kekuningan.


Cara Membuat Adunan Nestum Milo :

1. Blender nestum bersama gula dan milo. Kisar hingga halus dan gebu.

2. Salutkan dengan adunan nestum milo ini ketika kulit popia masih panas supaya ia melekat.

3. Sedia untuk dihidang.

Khamis, 7 Julai 2016

Tat Nanas Nyonya

Tat Nanas Nyonya

Tat Nanas Nyonya

Tat Nanas Nyonya

Bahan-bahan :

300 gram mentega
130 gram marjerin
600 gram tepung halus (superfine)
100 gram gula aising
80 gram tepung susu
30 gram tepung kastard
1 biji telur
Inti jem nanas secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin, mentega dan gula aising hingga lembut dan kembang.

2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan tepung superfine, tepung kastard dan susu tepung. Gaul sebati.

4. Ambil sedikit doh dan masukkan dalam pencetak kuih tat gulung. Paipkan.

5. Ambil sesudu kecil inti dan letak di atas doh. Gulung kemas.

6. Sapu kuning telur di atas gulungan kuih.

7. Bakar pada suhu 170-180 oC selama 20 minit @ hingga tat kekuningan.

Biskut Gajus Pandan Emulco

Biskut Gajus Pandan Emulco

Biskut Gajus Pandan Emulco

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
¾ cawan gula halus
100 gram kacang gajus (dipanggang dan ditumbuk)
½ cawan Nestum
1 cawan tepung halus superfine
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
Pandan emulco secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Pukul marjerin bersama gula halus sehingga kembang.

2. Masukkan pandan emulco, nestum dan kacang gajus.

3. Masukkan  tepung halus superfine sedikit demi sedikit.

4. Masukkan juga tepung jagung dan tepung gandum.

5. Uli hingga menjadi doh.

6. Terap dengan acuan yang disukai.

7. Hiaskan dengan manik warna-warni.

8. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.

Biskut Milo

Biskut Milo

Biskut Milo

Bahan-bahan :

1 cawan buttercup
¾ cawan gula halus
1 cawan milo
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup bersama gula sehingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan juga milo.

3. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum.

4. Jika masih lembut boleh masukkan tepung jagung.

5. Uli hingga menjadi doh.

6. Tekan dengan menggunakan acuan tart.

7. Letakkan manik warna-warni secukupnya.

8. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dihidang.