Ahad, 19 Jun 2011

Burger Malaysia

Burger Malaysia

Bahan Untuk Sambal :

2 sudu makan minyak masak
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
½ cawan ikan bilis
2 sudu makan gula merah
½ cawan jus asam jawa
1 sudu makan gula pasir
1 sudu teh garam
10 tangkai cili kering (rebus dan kisar halus)

Untuk doh :
250g tepung gandum
120ml susu atau air
2 sudu besar marjerin
2 ½ sudu besar gula halus
½ sudu teh garam
2 sudu teh yis
½ hingga 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
½ biji timun (dipotong nipis)


Cara Untuk  Membuat Sambal :

Panaskan minyak. Masukkan ikan bilis. Goreng hingga kekuning-kuningan. Kemudian angkat dan diketepikan seketika.

Kisar cili kering bersama bawang besar dan bawang putih. Kemudiaan tumis bahan tersebut hingga naik minyak. Campurkan bersama garam, gula putih dan gula merah secukup rasa.

Masukkan ikan bilis yang digoreng tadi. Gaul hingga bahan menjadi sebati.

Setelah itu, masukkan jus asam jawa. Tunggu hingga mendidih. Angkat dan ketepikan.

Bahan Untuk Doh :

Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali minyak dan timun. Uli doh sehingga tak melekat.

Buat bulat besar. Biarkan kembang 2 kali ganda.

Tumbuk-tumbuk doh tadi dan bahagikan kepada 8 bahagian. Buat bentuk bulat. Biarkan naik 2 kali ganda lagi.

Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. Goreng doh dalam minyak yang sederhana panas sehingga kekuningan. Angkat dan tos.

Belah dua doh dan jangan sampai terputus. Isikan dengan sambal bilis dan juga timun.

Sedia untuk dihidang.

Nasi Minyak Simple

Nasi Minyak Simple

Bahan-bahan :

1 ½ cawan beras
2 cawan air
6 ulas bawang merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
2.5 cm halia dihiris
4 kuntum bunga cengkih
Sekeping kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 camca marjerin
¾ camca teh garam

Cara Membuatnya :

Buka api, larutkan marjerin di dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris.

Kemudian, masukkan pula bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga. Kacau sehingga bahan-bahan berbau harum.

Seterusnya, bolehlah dimasukkan air dan garam. Biarkan seketika dan padamkan api.

Basuh beras dan masukkan bahan yang dimasak tadi. Masak di dalam periuk nasi elektik.

Tunggu hingga masak. Enak dimakan bersama rendang pedas.


Rendang Pedas

Rendang Pedas

Bahan-bahan :

1 ekor ayam
1 piring cili kering
8 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 batang serai
3 helai daun kunyit
Halia
2 sudu minyak untuk menumis
Asam jawa
1 biji kelapa dijadikan santan
1 sudu gula dan garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

Kisar cili bersama bawang merah, bawang putih, halia dan serai.

Goreng ayam separuh garing. Kemudian angkat.

Buang sedikit minyak yang digunakan semasa menggoreng ayam tadi. Tinggalkan sedikit sahaja. Kemudian, tumis bahan yang dimesin tadi.

Masukkan sedikit air dan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Tunggu hingga pecah minyak. Tambahkan garam dan gula.

Apabila pecah minyak, masukkan air asam jawa bersama santan yang diperah. 

Masukkan pula daun kunyit yang dihiris halus. Tungggu hingga mendidih.

Kemudian, bolehlah dihidang. Hiaslah agar lebih menarik.