Rabu, 16 November 2011

Biskut Cincin


Biskut Cincin

Bahan-bahan : 

2 cawan tepung gandum
1 cawan marjerin
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula halus
2 biji telur merah sahaja
1 sudu teh esen vanilla
1 botol coco rice

 

Cara Membuatnya : 


Pukul marjerin dengan gula hingga kembang. Masukkan 1 biji telur merah serta esen vanilla dan pukul lagi.

Seterusnya, masukkan tepung gandum, tepung kastard yang telah diayak. Uli hingga sebati.

Canai setebal setengah inci atau (ikut suka) dan tekan dengan acuan kuih cincin.

Sapu merah telur dan tabur coco rice. Kemudian bolehlah dibakar hingga masak.

Kuih Loyang @ Kuih Goyang @ Kuih Sarang Tebuan


Kuih Loyang @ Kuih Sarang Tebuan

Bahan-bahan : 


1 kg tepung beras
4 biji telur
2 senduk gula atau secukup rasa
Sedikit air kapur
Air secukupnya

Cara Membuatnya : 


Ayak tepung beras terlebih dahulu. Kemudian masukkan telur dan gula. Gaulkan.

Seterusnya, masukkan air kapur sedikit demi sedikit. Kacau lagi. Masukkan air hingga adunan cair dan sesuai untuk digoreng. Jika kuih terlalu keras, boleh tambahkan air.

Panaskan minyak di dalam kuali dan panaskan satu lagi minyak di dalam periuk kecil dan rendamkan acuan kuih loyang di dalam periuk minyak tadi. Pastikan minyak dan acuan betul-betul panas kerana jika tidak kuih akan melekat di acuan semasa menggoreng nanti.

Apabila minyak panas, rendamkan acuan ke dalam tepung yang dibancuh tadi dan masukkan ke dalam kuali. Kemudian, goyang-goyangkan acuan agar kuih dapat dikeluarkan dari acuan.

Seterusnya, apabila kuih telah keluar masukkan semula acuan ke dalam periuk yang berisi minyak untuk dipanaskan.  Kemudian, ulang lagi dengan memasukkan acuan ke dalam adunan. Buat sehingga adunan habis.

Goreng kuih hingga warna keemasan. Akhir sekali, bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara untuk menjamin kualiti kuih.

Rabu, 19 Oktober 2011

Lepat Liat

Lepat Liat

Bahan – bahan : 

500 gram tepung pulut
200 gram gula merah
100 gram gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan
1 biji kelapa parut (putih sahaja)
Sedikit garam
Sedikit minyak
Daun pisang secukupnya (jemur atau layur dahulu)

Cara Membuatnya : 

Masukkan air, gula merah, gula pasir dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga larut dan sejukkan.

Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan sendukkan gula yang dimasak tadi sedikit demi sedikit hingga habis dan uli hingga sebati semuanya.

Kelapa di gaul dengan sedikit garam. Kemudian, ambil daun pisang dan lenserkan minyak di atasnya. Letakkan satu sudu besar tepung tadi dan isikan sedikit kelapa di tengahnya. Lipat dengan kemas.

Ulang cara tadi hingga adunan habis dan kukus hingga masak dalam 10 minit.

Siap untuk dihidangkan.