Jumaat, 2 Mac 2012

Puding Ubi Kentang Simple

Puding Ubi Kentang

Bahan-bahan : 

10 gram agar-agar (1 peket) 
1 tin susu cair
2 biji ubi kentang (direbus) 
1 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar mentega 
1 biji telur
Gula secukupnya 
Sedikit perwarna makanan
2 helai daun pandan (diikat) 

Cara Membuatnya : 

Rebus kentang hingga empuk. Masukkan sedikit garam.

Pada masa yang sama, masak agar-agar bersama 3 ½  cawan air hingga hancur dengan daun pandan.  Masukkan gula  dan kacau hingga larut.   

Ubi kentang dikisar bersama 1 cawan air, mentega, telur dan tepung kastad. Kisar hingga sebati. 

Masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk agar-agar yang dimasak tadi. Masukkan juga susu cair. Kacau hingga mendidih.  

Angkat dan tapis serta dibahagi dua bahagian.  Satu bahagian diwarnakan dengan pewarna dan satu lagi dibiarkan warna asal. 

Basahkan bekas atau acuan sebelum memasukkan adunan.

Tuang aduan sedikit demi sedikit sehingga semua adunan habis.  Biarkan beku dan bolehlah dihidang.

Ahad, 26 Februari 2012

Kek Batik Rehan

Kek Batik Rehan

Bahan-bahan :

300 gram biskut marie (dipatah 4)
1 cawan mentega 
1 biji telur
½ cawan susu 
½ cawan gula
1 cawan milo

Cara Membuatnya :

Campurkan mentega, telur, gula, susu dan milo ke dalam kuali. Kacau di atas api hingga pekat.

Kemudian, masukkan roti marie dan gaul hingga sebati.

Masukkan ke dalam loyang dan ditekan-tekan hingga padat dan rata.

Setelah itu, masukkan ke dalam peti sejuk. 

Kuih Kacang Potong Ain

Kuih Kacang Potong

Bahan-bahan : 

1 cawan kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang perlahan hingga masak)
½ cawan lenga (digoreng tanpa minyak hingga kekuningan) 
1 cawan gula putih
Daun pisang secukupnya

Cara Membuatnya : 

Goreng gula di dalam kuali sehingga cair dan kekuningan. Pastikan gula betul-betul cair kesemuanya.

Kemudian, masukkan kacang tanah dan lenga. Kacau hingga sebati. Tutup api. 

Tuangkan ke atas daun pisang untuk dicanai. Tekan sehingga padat dan rata. Tekan mengikut ketebalan yang dikehendaki.

Sejukkan dan bolehlah dipotong dan dimakan.