Rabu, 6 Jun 2012

Sambal Bali Telur

Sambal Bali Telur

Bahan-bahan :

10 biji telur
20 biji cili kering
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
½ inci halia
1 camca kicap
1 camca gula
Sedikit garam
¼ cawan air asam jawa
Sedikit minyak

Cara Membuatnya :

1.     Telur direbus, dikupas kulitnya dan digoreng.

2.    Blender cili kering, bawang merah, bawang putih dan halia hingga hancur.

3.    Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, masukkan bahan yang diblender tadi. Masak hingga pecah minyak.

4.    Masukkan kicap, gula dan garam secukup rasa.

5.    Masukkan juga air asam jawa.

6.    Akhir sekali, masukkan telur yang digoreng dan kacau hingga pekat.

Roti Canai Ali Maju


Bahan-bahan :

550 gram tepung gandum
15 gram marjerin
1 biji telur
250 ml air
60 ml susu pekat manis
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya :

1.     Campurkan semua bahan. Uli sehingga sebati dan menjadi doh.

2.    Rehatkan doh selama 10 minit. Setelah itu, uli sekali lagi selama 5 minit. Ulangi langkah tersebut sebanyak 3 kali.

3.    Bentukkan adunan bulat-bulat dan mengikut saiz yang dikehendaki. Perap selama 3 jam atau lebih.

4.    Akhir sekali, panaskan kuali leper dan tebar roti. Goreng hingga masak. Enak dinikmati bersama kuah dal dan sambal ikan bilis.

Sumber : Majalah

Jumaat, 1 Jun 2012

Kek Pisang (Cikgu Syarifah)

Kek Pisang

Bahan-bahan :

3 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
10-12 biji pisang emas
1 ½ cawan gula pasir
2 butir telur
½ sudu teh garam
1 ½ cawan minyak

Cara Membuatnya :

Ayak tepung gandum bersama soda. Ketepikan dahulu.

Kisar gula, telur dan garam sehingga hancur. Kemudian, masukkan pisang dan dikisar hingga lumat.

Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam tepung yang dicampur dengan soda. Kacau hingga sebati.

Apabila  sebati, masukkan minyak masak dan dikacau perlahan-lahan.

Setelah adunan siap, masukkan ke dalam bekas dan bakar hingga masak.

Makanan dihidang dengan baik dan kemas.