Jumaat, 7 September 2012

Serawa Ubi Kayu

Serawa Ubi Kayu

Bahan-bahan :

Ubi kayu
Gula merah
Gula pasir
Santan
Sedikit garam
Daun pandan (disimpul)

Cara Membuatnya :

Ubi kayu dikupas kulit dan dipotong kecil. Rebus hingga empuk.

Sementara itu, masak gula merah bersama sedikit air sehingga gula merah larut. Tapiskan.

Masukkan gula merah ke dalam ubi yang telah empuk tadi. Masukkan juga gula pasir secukup rasa.

Setelah itu, masukkan santan, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

Jika suka boleh juga dicampurkan dengan sagu.

Sedia untuk dihidang.

Kerepek Pisang Manis

Kerepek Pisang Manis


Bahan-bahan :

Pisang awak
Gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Peralatan untuk mengupas dan menghiris pisang

Cara Membuatnya :

Kupas dan potong nipis-nipis pisang menggunakan alatan yang sesuai. Setelah itu, masukkan gula secukup rasa.

Panaskan minyak di dalam kuali, goreng pisang hingga masak dan garing.

Sambal Bilis dan Ubi Kentang (Kering)

Sambal Bilis dan Ubi Kentang (Kering)

Bahan-bahan :

Ikan bilis (digoreng hingga garing)
Ubi kentang (dihiris nipis dan digoreng hingga garing)
Cili kering
5 ulas bawang merah
3 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa

Cara Membuatnya :

Mesin cili kering bersama bawang merah sehingga hancur.

Panaskan sedikit minyak, masukkan cili yang dimesin tadi dan asam gelugur. Tambahkan gula dan garam secukup rasa.

Masak hingga pecah minyak dan kering.

Setelah itu, masukkan ubi kentang dan ikan bilis yang digoreng tadi. Kacau hingga semuanya sekata. Tutup api.

Sedia untuk dihidang.