Rabu, 5 Disember 2012

Agar-agar Laici Susu

Agar-agar Laici Susu

Bahan-bahan :

37.5 gram agar-agar bertali
1 tin laici
1 cawan susu cair
Gula secukup rasa
6 cawan air


Cara Membuatnya :

Rebus agar-agar bersama 6 cawan air hingga agar-agar hancur. Agar-agar hendaklah sentiasa dikacau agar kembang dan hancur dengan baik. Kemudian, masukkan pula gula secukup rasa. 

Blender setengah buah laici yang berada dalam tin bersama airnya. Mesin hingga hancur. 

Setengah lagi buah laici yang tinggal, hendaklah dipotong kecil dan asingkannya dengan memasukkan ke dalam acuan.

Seterusnya, masukkan  air laici yang dimesin tadi dan 1 cawan susu cair. Setelah mendidih, cepat-cepat tutup api dan tuangkan ke dalam acuan yang berisi laici yang dipotong tadi.

Masukkan ke dalam peti sejuk. Apabila telah sejuk dan keras bolehlah dimakan. Selamat Mencuba dan Selamat Menjamu Selera....

Ahad, 18 November 2012

Sup Telur

Sup Telur

Bahan-bahan :

5 biji telur
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
Halia
2 tangkai cili kering (dipotong)
Daun sup
Air
Garam
Minyak


Cara Membuatnya :

Hiris bawang besar, bawang putih, halia dan cili. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumis bawang, cili dan halia yang dihiris tadi.

Setelah kekuningan dan naik bau, masukkan air secukupnya. Tambahkan garam secukup rasa.

Apabila telah mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur sebiji demi sebiji. Biarkan sehingga telur masak.

Tutup api dan taburkan daun sup. Sedia untuk dihidang.

Rabu, 14 November 2012

Bubur Gandum

Bubur Gandum

Bahan-bahan :

500 gram biji gandum (direndam seketika)
Santan daripada 1 biji kelapa
Gula pasir secukupnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus biji gandum dengan air yang banyak hingga gandum kembang.

2. Masukkan gula secukup rasa. Biarkan seketika.

3. Masukkan santan secukupnya, daun pandan dan sedikit garam. Masak hingga mendidih.

4. Sedia untuk dihidang.