Khamis, 14 Februari 2013

Kuih Telur Katak Kukus @ Kuih Sagu Kukus


Bahan-bahan :

1 cawan biji sagu dibasuh dan ditoskan airnya
2 cawan air
½ cawan gula
Pewarna merah
Kelapa parut putih yang dibuang kulitnya
Sedikit garam
2 helai daun pandan diikat


Cara Membuatnya :

Masukkan air, gula, daun pandan dan pewarna merah ke dalam kuali. Masak hingga gula larut dan mendidih.

Apabila  air telah mendidih, masukkan sagu. Kacau hingga biji sagu sedikit jernih dan adunan menjadi pekat.

Matikan api dan sendukkan adunan ke dalam acuan atau loyang. Kukus dalam 20 minit.

Biarkan sehingga betul-betul sejuk agar kuih kelihatan lebih cantik apabila dikelurkan dari bekas.

Apabila telah sejuk, kelapa parut dicampurkan dengan sedikit garam. Potong kuih dan salutkan dengan kelapa parut tadi. Sedia untuk dihidang.

Biskut Mazola Fazlina


Bahan-bahan :

1 mangkuk kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan dimesin halus)
1 mangkuk gula halus
1 ½ mangkuk tepung gandum
Minyak masak secukupnya
1 biji kuning telur


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan tepung gandum, serbuk kacang tanah dan gula halus.

2. Masukkan minyak masak sedikit demi sedikit sambil digaulkan hingga rata.

3. Setelah itu, bentukkan bulat-bulat leper dan sapukan kuning telur di atasnya.

4. Akhir sekali, bakarlah hingga masak.

Selasa, 5 Februari 2013

Aiskrim Coffeemate



Bahan-bahan :

200 gram coffeemate (1 bungkus)
1 liter susu UHT Dutch Lady apa-apa perisa (1 kotak besar)
Coklat urai (jika suka)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan kedua-dua bahan ke dalam blender dan kisarkan sehingga berbuih.

2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan sehingga separuh beku.

3. Selepas itu, masukkan ke dalam blender dan kisar sekali lagi sehingga hancur.

4. Masukkan ke dalam bekas dan taburkan coklat urai di atasnya.

5. Sejukkan sehingga beku. Sedia untuk dinikmati.