Rabu, 27 Mac 2013

Asam Katak (Cermai)


Bahan-bahan :

 

Buah cermai
Gula pasir


Cara Membuatnya :

 

Basuh buah cermai dan direbus. Rebus hingga kembang agar rasa masam cermai keluar. 

Buang air rebusan tersebut.

Kemudian, masukkan gula pasir ke dalam cermai tadi.

Kacau hingga kering dan asam bertukar warna menjadi merah.

Jus Buah Markisa



Bahan-bahan :

 

4 biji buah markisa
Air gula secukup rasa
Ketul ais


Cara Menyediakannya :


Belah dua buah markisa dan ambil isi di dalam bersama bijinya sekali.

Blender isi buah tersebut bersama dengan air gula.

Tapis menggunakan penapis hingga tiada lagi biji.

Masukkan ketul ais secukupnya. Sedia untuk diminum.

Buah markisa ini rasanya agak masam dan perlu dimasukkan dengan gula secukupnya.  Jusnya akan menjadi masam manis seperti buah limau.

Buah Markisa

Jumaat, 22 Mac 2013

Aiskrim Kelapa Muda


Bahan-bahan :


Buah kelapa muda (ambil isi dan airnya)
Air gula secukupnya
Plastik aiskrim


Cara Membuatnya :


Campurkan air kelapa muda bersama air gula secukup rasa.

Masukkan air gula hingga air kelapa terasa manis dan enak.
 
Tuangkan air tersebut ke dalam plastik aiskrim dan masukkan sedikit isi kelapa. Ikat dengan kejap.
 
Kemudian, bolehlah dibekukan di dalam peti sejuk.
 
Enak dinikmati ketika cuaca panas dan boleh disimpan lama.