Selasa, 15 Oktober 2013

Cornflakes Coklat Simple

Cornflakes Coklat Simple

Cornflakes Coklat

Bahan-bahan :

325 gram cornflakes
450 gram coklat masakan
1 sudu besar minyak Mazola (untuk kilatkan coklat)
Cawan kertas secukupnya
Manik urai sebagai hiasan


Cara Membuatnya :

Masak air dalam periuk sehingga air menjadi panas. 

Potong coklat kecil-kecil dan masukkan dalam mangkuk atau periuk berasingan.

Jika menggunakan periuk, masukkan sahaja periuk tersebut ke dalam air. Tetapi hendaklah berhati-hati agar air tidak masuk ke dalam periuk berisi coklat.

Seterusnya, masukkan minyak Mazola. Kacau sehingga coklat betul-betul cair dan tidak berketul.

Ramas cornflakes sedikit dan masukkan ke dalam mangkuk berisi coklat. Kacau hingga semuanya sekata. Tutup api. Jika suka boleh masukkan badam yang telah dipanggang.

Cedok dengan sudu dan masukkan ke dalam cawan kertas.

Biarkan mangkuk atau  periuk yang berisi coklat sentiasa di dalam air kerana air yang panas membuatkan coklat tidak mudah keras sebelum diletakkan ke dalam cawan kertas.

Hias dengan manik urai di atasnya. Letakkan biskut ke dalam peti ais sekejap sekadar untuk keraskan coklat.

Sedia untuk dihidang.

Khamis, 10 Oktober 2013

Tat Gulung Nanas

Tat Gulung Nanas

Tat Gulung

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
1 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung jagung
Tepung gandum ikut lembut adunan
1 biji kuning telur (untuk disapu di atas kuih)
Jem nanas secukupnya


Cara Membuatnya:

1. Pukul butter dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung yang diayak terlebih dahulu.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak melekat lagi pada jari.

5. Jangan masukkan tepung terlalu banyak kerana bila ianya terlalu keras, sukar untuk kita membentuknya nanti.

6. Tekan dengan acuan tat. Letakkan jem di tengah dan gulung hingga kedua-dua bahagian bercantum.

7. Sapu kuning telur di atasnya.

8. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang.

Jumaat, 4 Oktober 2013

Air Asam Boi

Air Asam Boi

Bahan-bahan :

10-15 biji asam boi @ asam kecut warna merah @ asam ko
2 liter air atau secukupnya
Gula ikut kemanisan yang anda suka
2 biji limau kasturi
Ais kiub secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Rebus asam boi dengan air hingga asam boi kembang.

2. Masukkan gula secukup rasa. Biarkan sejuk.

3. Tuang dalam jug dan perah jus limau kasturi. Letak ais kiub secukupnya.

4. Biarkan sejuk dan boleh hidang.