Ahad, 3 November 2013

Cucur Jagung Pedas

Cucur Jagung Pedas

Bahan-bahan :

4 cawan tepung gandum
2-3 tongkol jagung (dihiris untuk ambil isinya)
½ labu bawang merah (dihiris nipis)
1 sudu besar cili kisar
Udang hidup
1 sudu teh yis
1 biji telur
Sedikit daun kucai (dipotong)
2 sudu besar gula
Garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng


Cara Membuatnya :

1. Masukkan kesemua bahan kecuali air dan minyak ke dalam sebuah bekas.

2. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati.

3. Biarkan seketika lebih kurang 15 hingga 30 minit atau sehingga adunan nampak naik.

4. Panaskan minyak dan gorenglah sehingga masak.

5. Toskan dan sedia untuk dihidangkan.

Jumaat, 1 November 2013

Petua Mendapatkan Laksa Beras yang Lembut

Laksa Beras Eka

Kadang-kala laksa beras yang dimasak tidak begitu lembut dan agak liat ketika dimakan. Cara untuk mendapatkan laksa yang lembut ialah basuh dan rendam terlebih dahulu laksa hingga kembang. Tujuannya adalah untuk mempercepatkan lagi proses merebus nanti. Setelah itu, rebus hingga laksa betul-betul masak dan bolehlah ditutup api.

Tambahkan air lagi ke dalam bekas laksa dan rendam buat seketika. Lebih baik direndam semalaman kerana ianya akan menjadi lebih lembut. Rendaman kali terakhir ini adalah untuk memastikan laksa betul-betul lembut dan tidak liat.

Akhir sekali, bolehlah ditoskan. Anda akan mendapat laksa yang betul-betul lembut dan sangat mudah untuk dimakan. Selain itu, laksa akan menjadi lebih banyak kerana ianya kembang sepenuhnya.

Petua Mendapatkan Biji Petai yang Besar

Biji petai

Untuk mendapatkan biji petai yang besar dan segar, ambil biji petai dan rendamkan ke dalam air garam lalu dibiarkan semalaman. Keesokan harinya lihat perubahan petai tersebut. Pasti anda akan berpuas hati dengan hasilnya.