Jumaat, 28 Mac 2014

Kek Pisang Coklat Chip

kek pisang coklat chip

resepi kek pisang coklat chip

Bahan-bahan :

4 biji pisang emas atau pisang berangan
3 biji telur
1 ¾  cawan tepung naik sendiri
¼ cawan tepung jagung
1 cawan gula pasir
½ cawan minyak
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam
3 sudu besar coklat chip (ikut suka anggarannya)


Cara Membuatnya :

1. Pukul telur dan gula hingga kembang dan gebu.

2. Masukkan pisang yang sudah dilenyek bersama sedikit garam.

3. Ayak tepung naik sendiri, tepung jagung dan soda bikarbonat bersama.

4. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit dan gaul hingga rata.

5. Masukkan minyak dan kacau hingga semuanya sebati atau bercampur.

6. Akhirnya, masukkan coklat chip dan kacau rata.

7. Tuang dalam acuan yang telah disapu dengan minyak.

8. Bakar dalam suhu 200 oC selama 1 jam atau sehingga masak.

Selasa, 25 Mac 2014

Murtabak Kucai

murtabak kucai

murtabak kucai sedap

Bahan Untuk Kulit :

500 gram tepung gandum
1 sudu besar merjerin
½ sudu besar gula pasir
2 sudu besar susu pekat manis
Garam
Air secukupnya
Minyak masak


Bahan Untuk Inti :

Kucai (dipotong)
1 labu bawang besar (dihiris)
5 biji telur
2 biji cili hidup (dihiris nipis)
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, gula, susu dan garam. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh. Buat bentuk bulat-bulat.

2. Rendamkannya di dalam minyak masak agar tidak melekat. Biarkan selama 3 jam.

3. Campurkan telur, kucai, bawang dan cili di dalam satu bekas dan pukul telur seperti membuat telur dadar.

4. Canai atau tebar tepung dengan meletak daun pisang di bawah agar mudah untuk diangkat nanti.

5. Letakkan campuran telur tadi di tengah dan tutup dengan kemas.

6. Goreng hingga masak dengan api yang sederhana.

7. Sedia untuk dihidang.

Apam Kampung Gula Merah

Apam Kampung Gula Merah

kuih apam gula merah

Apam Kampung Gula Merah

Sumber Resipi :

Bahan A :
½ cawan gula merah
½ cawan gula pasir
2 cawan air
2 helai daun pandan


Bahan B :
11 gram yis mauripan
½ cawan air suam
1 sudu kecil gula halus


Bahan C :
4 cawan tepung gandum
Secubit garam


Cara Membuatnya :

1. Masak bahan A hingga gula larut, tapis dan sejukkan. Ketepikan dahulu.

2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.

3. Satukan bahan C ke dalam mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yang telah sejuk tadi.

4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Kacau hingga sebati, tutup dan perap selama 1 jam.

5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dalam loyang. Biarkan selama 10 minit. Kemudian, kukus adunan selama 40 minit.

6. Biarkan kuih  betul-betul sejuk barulah dipotong dengan menggunakan pisau tajam dengan cara seperti gergaji ke depan ke belakang supaya kuih tidak kelihatan mampat.

7. Sedap dimakan bersama kelapa parut putih yang digaul dengan sedikit garam.


Nota Sajian Hati :

- Boleh juga menggunakan acuan kecil, sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan ¾ adunan apam yang diperap sejam tadi  ke dalam acuan. 
- Biar sebentar dalam 5 minit dan kukus selama 20 minit.