Isnin, 11 Ogos 2014

Kari Ikan Sepat

gulai atau kari ikan sepat

Bahan A :

Ikan Sepat (dibersihkan)
8 sudu besar serbuk kari ikan (dibancuh dengan sedikit air)
2 biji buah tomato (dipotong  4)
Kacang bendi (dipotong)
Air asam jawa
Santan pekat
Minyak masak
Garam secukup rasa


Bahan B (Untuk Menumis) :

5 biji bawang merah (ditumbuk atau dihiris)
2 ulas bawang putih (ditumbuk atau dihiris)
1 inci halia (ditumbuk atau dihiris)
1 sudu teh halba campur
3 tangkai daun kari


Cara Membuatnya :

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi.

2. Kemudian masukkan serbuk kari ikan yang dibancuh sehingga pecah minyak.

3. Masukkan air asam jawa dan santan pekat. Biarkan mendidih.

4. Masukkan kacang bendi dan ikan.

5. Kecilkan api dan biarkan sehingga mendidih dan pecah minyak.

6. Apabila mendidih, masukkan tomato dan garam.

7. Biarkan sehingga tomato lembut. Tutup api.

8. Hidangkan dengan nasi putih.

Rabu, 6 Ogos 2014

Kentang Wedges (Potato Wedges)

Kentang Wedges (Potato Wedges)

Sumber Resipi :
Chef Hanieliza

Bahan-bahan :

500 gram ubi kentang (dibuang kulit)
1 cawan tepung serbaguna
1 sudu teh serbuk lada sulah
Air secukupnya
Minyak masak
Garam secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Potong kentang dan rebuskan dengan sedikit garam. 

2. Masakkan separuh lembut dan tuskan.

3. Masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk.

4. Campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. 

5. Kacau sehingga sebati (jangan terlalu pekat ataupun cair).

6. Masukkan kentang tadi dan kacau rata.

7. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.

8. Hidangkan bersama mayonis dan sos cili.

Jumaat, 1 Ogos 2014

Biskut Permata Cornflakes

Biskut Permata Cornflakes

Bahan-bahan :

1 cawan marjerin
½ cawan gula halus
½ cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan cornflakes (dikisar)
1 sudu teh esen vanila
Coklat masakan
Nestum


Cara Membuatnya :

1. Pukul gula dengan marjerin hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila dan cornflakes yang dikisar.

3. Masukkan tepung jagung, tepung kastard dan tepung gandum.

4. Canaikan doh dan terap dengan acuan kegemaran.

5. Bakar hingga masak dan dibiarkan sejuk.

6. Cairkan coklat masakan dan salutkan kuih dengan coklat.

7. Taburkan Nestum secukupnya meliputi semua permukaan kuih.

8. Sedia untuk dinikmati.