Sabtu, 25 Oktober 2014

Keropok Ubi Kayu

Keropok Ubi Kayu

Keropok Ubi Kayu
Sebelum digoreng
Bahan-bahan :

3 cawan ubi kayu yang diparut
1 sudu besar cili kisar
Jintan manis (ditumbuk)
Sedikit ikan bilis (ditumbuk)
3 sudu besar tepung ubi
Garam
Gula
Sedikit air (jika perlu)


Cara Membuatnya :

1. Gaulkan kesemua bahan-bahan di atas sehingga rata.

2. Panaskan periuk pengukus. Ambil tudung periuk atau loyang dan sapukan sedikit minyak.

3. Tempekkan ubi parut ke permukaan tudung periuk tersebut. Bentukkan bulat dan ratakan senipis yang boleh.

4. Kukus sehingga masak. Angkat tudung periuk dan kopek adunan perlahan-lahan.

5. Aturkan  ke atas dulang dan jemur di bawah matahari sehingga kering.

6. Goreng dengan minyak panas seperti menggoreng keropok biasa.

7. Sedia untuk dinikmati.

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek Coklat Tanpa Telur

Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan-bahan : 

1 cawan tepung gandum*
1/3 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 sudu kecil soda bikarbonat*
1/4 sudu kecil garam
3/4 cawan gula halus
1/3 cawan minyak masak sayuran @ minyak jagung
3/4 cawan air kopi panas @ nescafe
1/3 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil cuka @ jus lemon


Cara Membuatnya :

1. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 oC.

2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.

3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan barulah dikacau sebati dengan menggunakan senduk kayu @ spatula. Pastikan air kopi betul-betul panas.

4. Masukkan cuka dan terus kacau serta-merta selama 20 saat.

5. Tuangkan cepat-cepat adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak (suhu bergantung pada jenis oven masing-masing).

6. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong.


Nota:

1. Gunakanlah cawan dan sudu metrik untuk menyukat bahan-bahan.

2. Fungsi cuka antaranya adalah untuk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

3. Sukatan atau resipi ini adalah untuk satu loyang kecil sahaja.

4. Sumber resipi daripada blog DayangJack.

Bubur Jagung Lemak Manis

Bubur Jagung Lemak Manis

Bahan-bahan :

5 tongkol jagung manis (dihiris)
Gula putih
Santan
Sedikit susu cair
Daun pandan (diikat)
Sagu
Sedikit garam (untuk rasa lemak)


Cara Membuatnya :

1. Isi jagung direbus sehingga masak.

2. Masukkan gula secukup rasa dan biarkan sebentar.

3. Masukkan santan, daun pandan, susu cair dan garam. Tunggu hingga mendidih.

4. Akhir sekali, masukkan sagu dan tunggu hingga sagu masak.

5. Tutup api dan sedia untuk dihidang.