Sabtu, 30 Disember 2017

Donat 1

donat

donat

donat

Bahan-bahan : 

1 kg tepung gandum
11 gram yis mauripan (sebungkus)
2 sudu besar susu tepung
5 camca besar marjerin
3 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat
1 sudu teh garam halus
1 camca besar serbuk penaik
Air secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Campurkan tepung, serbuk penaik, marjerin, dua jenis susu, gula dan garam.

2. Gaulkan adunan tersebut hingga sebati.

3. Bancuh yis dengan memasukkan sedikit air dan kacau hingga larut.

4. Tuang bancuhan tersebut pada campuran tepung tadi.

5. Gaulkan semua ramuan di dalam mangkuk adunan dan uli sehingga licin.

6. Biarkan selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda dari saiz asal.

7. Gunakan torak dan canaikan adunan.

8. Kemudian tekan dengan acuan donat.

9. Biarkan kepingan adunan tadi naik 2 kali ganda.

10. Goreng kepingan donat sehingga berwarna kuning keemasan.

11. Seliputi donat dengan gula aising sebelum dihidangkan.


Nota :

Donat ini enak dimakan ketika masih panas. Jika sejuk, ia agak keras.

# Resipi sesedap rasa sendiri dan bukan diambil dari mana-mana sumber.
# Gunakan apa yang ada di rumah.
# Maaf andai tidak menepati cita rasa anda.

Ahad, 26 November 2017

Lompang Pandan

Lompang Pandan

Lompang Pandan

Lompang Pandan

Lompang Pandan

Bahan-bahan :

1 ½ cawan tepung beras
¾ cawan gula pasir
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh air kapur
2 cawan air
5 helai daun pandan
Pewarna hijau
Kelapa parut putih
Sedikit garam


Cara Membuatnya :

1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan tapiskan.

2. Satukan tepung beras, gula pasir, tepung jagung dan air kapur.

3. Tuang air daun pandan tadi. Kacau sebati sehingga gula larut dan tapis.

4. Titiskan sedikit pewarna hijau agar nampak lebih menarik.

5. Acuan disapu dengan minyak masak dan kukus sekejap lebih kurang 5 minit.

6. Tuang adunan ke dalam acuan sehingga hampir penuh.

7. Kukus selama 15-20 minit sehingga lesung pipit terbentuk.

8.Sejukkan kuih sebelum keluarkan dari acuan.

9. Kelapa parut digaul bersama garam dan kukus sekejap supaya tahan lama.

10. Hidang kuih lompang bersama kelapa parut.

Air Kelapa Muda Gula Merah





Bahan-bahan :

1 biji kelapa muda (ambil isi dan airnya)
2 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan (disimpul)
Ais ketul secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan air kelapa dan isinya di dalam bekas.

2. Masak gula merah dan gula putih bersama sedikit air.

3. Masukkan juga daun pandan untuk lebih wangi.

4. Masak hingga gula hancur dan mendidih. Tapiskan.

5. Tuang ke dalam bekas berisi air kelapa tadi.

6. Kacau hingga sebati dan masukkan ketul ais secukupnya.

7. Sedia untuk dinikmati bersama yang tersayang.