Isnin, 18 Jun 2018

Biskut Arab Azlina Ina





Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina

Bahan Untuk Biskut :

1/2 cawan minyak sapi
1 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu tepung
1 1/4 cawan tepung gandum cap Ros


Bahan Untuk Menyalut :

1/2 cawan gula aising
1/4 cawan susu tepung


Cara Membuat Biskut :

1. Campurkan minyak sapi, gula halus dan susu tepung.

2. Kacau rata adunan dengan menggunakan senduk.

3. Ayak tepung gandum dan masukkan satu cawan dahulu ke dalam adunan.

4. Kemudian, tambah sedikit demi sedikit tepung sambil mengguli.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.

6. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.

7. Hias dengan ceri merah atau hijau yang telah dipotong.

8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oc selama 15 minit api atas dan bawah.


Cara Menyediakan Bahan Untuk Menyalut :

1. Masukkan biskut dalam cawan kertas.

2. Satukan susu tepung dan gula aising. Kacau hingga sekata.

3. Taburkan ke atas kuih hingga cukup rasa manisnya.

4. Sedia untuk dihidang.

Isnin, 4 Jun 2018

Biskut Nestum Ranggup





Sumber Resipi :
Facebook 

Bahan-bahan :

250 gram buttercup
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
2 cawan Nestum
1 cawan gula halus
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila


Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dengan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati.

3. Masukkan Nestum, tepung gandum dan tepung jagung. Uli hingga menjadi doh.

4. Jika masih lembut, masukkan lagi tepung jagung hingga tidak melekat di jari.

5. Bentukkan biskut dan salut dengan Nestum atau letakkan manik.

6. Bakar sehingga masak dan sedia untuk dinikmati.

Ahad, 3 Jun 2018

Lempeng Oat




Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 cawan oat
Air @ santan @ susu cair
Garam dan gula secukup rasa


Cara Membuatnya :

1. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.

2. Masukkan oat, garam dan gula.

3. Seterusnya masukkan santan secukupnya. Kacau hingga sekata.

4. Adunan tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.

5. Panaskan kuali atau pemanggang ajaib.

6. Jika menggunakan kuali biasa, letakkan sedikit minyak agar tidak melekat.

7. Tuang satu senduk adunan dan ratakan mengikut tebal yang diinginkan.

8. Biarkan sehingga masak dan alihkan kuih tersebut.

9. Tunggu hingga bahagian kuih sebelah lagi masak dan angkat.

10. Sedia untuk dihidang.