Sabtu, 29 Jun 2019

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan :

1 kilo daging (dipotong)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar cili kisar
1 sudu perencah sup
1 keping asam gelugur
Buah tomato (dipotong)
Kicap secukupnya
Sedikit garam
Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan juga bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

3. Tumis hingga bawang kekuningan dan berbau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan biarkan sebentar.

5. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya.

6. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging lembut.

7. Apabila daging lembut, masukkan perencah sup dan asam keping.

8. Letakkan  kicap secukupnya dan buah tomato.

9. Perasakan dengan sedikit sahaja garam kerana kicap sudah masin.

10. Tunggu hingga mendidih, taburkan daun sup dan daun bawang.

Ahad, 9 Jun 2019

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Biskut Kelapa Crunchy Creamy

Bahan-bahan :

250 gram butter
1 cawan gula halus
1 sudu teh esen vanila
1 biji kuning telur
2 cawan kelapa parut segar (disangai kering dalam 10 minit)
1 paket serbuk santan @ 50 gram
3 cawan tepung ubi
¼ cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, gula dan esen vanila.

2. Kacau sebati menggunakan senduk kayu.

3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.

4. Masukkan kelapa parut dan serbuk santan.

5. Ayak baking powder bersama semua tepung di atas.

6. Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit.

7. Jika adunan masih melekat pada tangan, tambahkan tepung ubi.

8. Terap dengan acuan yang disukai dan bakar sehingga masak.

Ahad, 2 Jun 2019

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Sukatan Adunan Jualan

Bahan A :

10 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar tepung susu


Bahan B :

500 gram butter premium @ buttercup
250 gram cream cheese tatura
8 sudu besar susu pekat
4 sudu besar minyak sapi ghee
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning


Bahan Sapuan Atas Tart :

3 biji kuning telur
Sedikit susu segar
Pewarna kuning
Parutan keju cheddar Beqa



Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati bahan B di atas dengan menggunakan senduk.

2. Kemudian masukkan susu tepung dan kacau.

3. Masukkan dulu 3 cawan tepung gandum dan 2 sudu besar tepung kastard.

4. Diikuti 2 sudu besar tepung jagung dan kacaukan dulu bagi sekata.

5. Tuang baki tepung kastard dan tepung jagung.

6. Kemudian tuang tepung gandum tadi sedikit demi sedikit.

7. Sambil menguli kalau rasa lembut sangat boleh tambah tepung gandum lagi.

8. Sediakan jem nenas yang sudah digentel.

9. Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart dan tekan nipis.

10. Letak jem dan gulungkan.


Cara Membuat Sapuan Atas Tart :

1. Campurkan kuning telur, susu segar dan juga pewarna kuning.

2. Kacau hingga sebati dan sapu atas tart.

3. Kemudian taburkan keju cheddar Beqa yang telah diparut.

4. Panaskan ketuhar suhu 170oC selama 5 minit.

5. Masukkan tart dan bakar suhu 160oC masa 25 minit.

6. Jika permukaan tart berwarna keemasan bermaksud sudah masak.

7. Keluarkan dari ketuhar, biarkan sejuk dulu dan susun dalam balang.