Selasa, 6 Julai 2021

Sira Ubi Kayu (Gula Merah)






Bahan-bahan :

500 gram ubi kayu (direbus)

1/3 cawan gula merah

2 sudu besar gula pasir

2 helai daun pandan

Secubit garam

1- 1 ½ cawan air

 

Cara Membuatnya :

1. Rebus ubi kayu dengan air secukupnya sehingga ubi empuk.

2. Angkat dan potong kecil mengikut saiz yang disukai.

3. Masukkan air, gula merah, gula pasir, garam dan daun pandan di dalam kuali.

4. Masak sehingga pekat dan likat.

5. Masukkan ubi kayu dan kacau rata sehingga sira bersalut pada ubi kayu. 

6. Tutup api dan sedia untuk dihidang.

 

Jumaat, 25 Jun 2021

Aiskrim Limau Kasturi






Bahan-bahan : 

Limau kasturi

Gula pasir secukupnya

Air

Plastik aiskrim

 

Cara Membuatnya :  

1. Larutkan gula pasir dengan air panas.

2. Potong dua buah limau kasturi dan perah untuk keluarkan jusnya.

3. Asingkan biji dan kulitnya menggunakan penapis, ambil jusnya sahaja.

4. Campurkan jus limau dengan air gula tadi.

5. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.

6. Masukkan dalam plastik aiskrim dan ikat plastik dengan kemas.

7. Bekukan dalam peti sejuk semalaman.

8. Sedia untuk dinikmati.

 

Rabu, 23 Jun 2021

Poli Ubi Kayu






Bahan-bahan :

Ubi kayu (diparut)

Pewarna kuning secukupnya

Kelapa parut putih

Sedikit garam

1 cawan gula merah

½ cawan gula putih

½ cawan air

2 helai daun pandan (disimpul)

Daun pisang secukupnya

 

Cara Membuatnya :

1. Ubi kayu dicampur dengan pewarna kuning, kacau hingga rata dan sebati.

2. Bungkus dalam daun pisang seperti membuat kuih lepat (besar sedikit) atau;

3. Boleh juga masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak.

4. Gaulkan kelapa parut putih dengan sedikit garam.

5. Apabila ubi telah masak, salut dengan kelapa parut.

6. Masak gula merah, gula putih bersama air dan daun pandan hingga gula hancur.

7. Hidangkan bersama ubi kayu yang dikukus tadi. 

 

Nota :

1. Letakkan sedikit sahaja air jika ubi kayu terlalu kering dan mahukan kuih yang sedikit lembut.

2. Kukus sekejap kelapa parut dengan garam agar kelapa lebih tahan lama.