Bahan
Untuk Pau :
500 gram tepung gandum
2 sudu besar gula
½ peket yis mauripan 11 gram
½ cawan minyak
Air secukupnya
Daun pisang
Bahan Untuk Inti Kelapa :
Kelapa parut (dibuang kulit
hitamnya)
Sedikit gula merah
Gula putih secukupnya
Cara
Membuat Pau :
1. Masukkan yis mauripan ke dalam
mangkuk. Letakkan sedikit air dan kacau agar yis tersebut larut dan tidak
berketul.
2. Campurkan tepung gandum
bersama gula di dalam bekas.
3. Masukkan minyak dan yis tadi
sedikit demi sedikit.
4. Jika masih tidak mencukupi,
masukkan air secukupnya. Uli hingga menjadi adunan yang licin dan kenyal.
5. Buat bentuk bulat kecil dan
masukkan inti kelapa di tengahnya. Tutup inti dengan mencantumkan hujung adunan
tadi.
6. Letakkan setiap adunan tadi di
atas daun pisang yang dipotong bulat.
7. Setelah itu, bolehlah dikukus
selama 10 minit pada suhu yang tinggi.
Cara Membuat Inti Kelapa:
1. Gula merah dimasak bersama
sedikit air sehingga hancur dan ditapis untuk membuang bendasing di dalamnya.
2. Campurkan kelapa parut, air
gula merah dan gula di dalam periuk. Masak di atas api sehingga kering.
3. Hendaklah dikacau selalu
semasa memasaknya agar tidak hangit. Tutup api dan sejukkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan