Bahan
Untuk Pulut Kukus:
Beras pulut (direndam semalaman)
Santan
Sedikit garam untuk melemakkan
Inti
Kelapa :
Kelapa parut (dibuang kulit)
Gula merah
Gula putih
Cara
Memasak Pulut :
Basuh beras pulut yang direndam.
Toskan airnya. Kukus pulut tersebut hingga masak.
Sementara menunggu pulut masak,
masukkan santan di dalam periuk bersama sedikit garam. Masak sehingga mendidih.
Tutup api.
Setelah pulut masak, semasa masih
panas lagi tuangkan santan yang dimasak tadi. Masukkan santan secukupnya dan
dikacau hingga sebati. Pulut akan menjadi lembut jika dimasukkan santan dengan
jumlah yang mencukupi.
Jika pulut masih juga kurang
lembut, anda boleh kukus semula pulut tersebut buat seketika setelah dimasukkan
santan. Pulut anda akan menjadi lembut dan tahan lama.
Sedia untuk dihidang.
Cara
Membuat Inti Kelapa:
Gula merah dimasak bersama
sedikit air sehingga hancur dan ditapis. Gula merah perlu ditapis agar dapat
membuang bendasing yang terdapat di dalam gula tersebut.
Setelah itu, campurkan kelapa
parut, air gula merah dan gula. Masak di atas api sehingga kering. Hendaklah
dikacau selalu semasa memasaknya.
Tutup api. Hidangkan bersama
pulut.
Nota : Juadah ini sering
disediakan semasa majlis perkahwinan di kampung saya. Enak juga
dimakan bersama ikan kering. Juadah ini dimasak secara bergotong-royong.
Salam, pulut ni makan bersama air kopi Cek Nah memang pergh...
BalasPadamHari tu buat tak cukup, sampai ada yang bertanya lagi..hehe..
Padamkecik2 dulu selalu mak buat macam ni buat sarapan..terimbau kenangan lalu pulak..
BalasPadamKadang-kala makananlah yang membuatkan kita teringat memori lalu..rasa rindu untuk kembali ke masa itu kan...
Padam