Kerisik
ialah sejenis rempah atau rencah yang dibuat daripada kelapa. Kelapa yang
diparut atau dikukur, digoreng (tanpa minyak) dan kemudiannya digiling hingga
lumat. Kerisik berwarna coklat gelap dan ia boleh dibuat sendiri atau dibeli
dari kedai runcit.
Kerisik digunakan untuk beberapa masakan tradisional
seperti rendang, kari ayam, sayur kerabu dan sebagainya. Penggunaannya amat
popular di kalangan masyarakat Melayu di Malaysia dan Singapura.
Bahan
& Peralatan Membuat Kerisik :
Kelapa yang diparut
Kuali
Sudip
Pengisar kering @ basah
Sedikit minyak (jika perlu)
Cara
Membuat Kerisik :
1. Jemur kelapa parut di bawah
pancaran matahari selama beberapa jam.
2. Masukkan kelapa parut di dalam
kuali. Goreng kelapa parut hingga keperangan tanpa menggunakan minyak.
3. Gunakan api yang kecil kerana
kelapa mudah hangit. Jika menggunakan api besar pun boleh asalkan tidak henti
dari mengacaunya.
4. Setelah kelapa perang
kecoklatan, guna pengisar kering dan kisar hingga keluar minyak.
5. Boleh juga menggunakan
pengisar basah tetapi tambahkan sedikit minyak masak di dalamnya. Jangan biarkan
kelapa menjadi sejuk kerana sukar untuk hancur.
6. Sedia digunakan sebagai bahan
masakan seperti rendang, kari dan sebagainya.
7. Bolehlah disimpan di dalam
peti sejuk dan tahan lama.
8. Jika tidak mahu disimpan dalam
peti sejuk pun tidak mengapa, cuma pastikan di atas permukaan kerisik sentiasi
dipenuhi minyak. Jika tidak ia akan cepat rosak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan