Bahan-bahan
:
1 tahil agar-agar bertali (37.5
gram)
1 kg gula pasir
Air yang disukat
Pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
Membuatnya :
1. Pertama sekali, basuh
agar-agar bertali hingga bersih.
2. Masukkan agar-agar ini ke
dalam jug air. Tujuan memasukkan agar-agar ke dalam jug adalah untuk menyukat
kandungan agar-agar dan jumlah air yang perlu dimasukkan.
3. Tandakan kedudukan agar-agar
tersebut di jug. Contohnya jika agar-agar tersebut berada di tengah jug,
tandakan kedudukan tersebut.
4. Setelah itu, tuangkan
agar-agar ke dalam periuk.
5. Masukkan air sebanyak 2 kali
di mana kedudukan agar-agar yang ditanda pada jug tadi.
6. Rebus agar-agar bersama air
yang disukat sehingga mendidih dan hancur.
7. Apabila agar-agar telah hancur
semuanya, masukkan gula pasir.
8. Masak hingga mendidih dan
bolehlah tutup api.
9. Asingkan agar-agar kepada 4
bekas. Setiap bekas diwarnakan dengan warna yang berlainan. Hijau, kuning,
merah dan satu lagi dibiarkan putih.
10. Setelah sejuk dan keras bolehlah
dipotong. Jangan potong terlalu kecil kerana agar-agar akan mengecut selepas
kering.
11. Jemur agar-agar. Sesekali
balik-balikkan agar-agar supaya kering sekata. Jemur sehingga seminggu dan
agar-agar tidak melekat serta kering sepenuhnya.