Rabu, 31 Disember 2025

Resipi Kek Pandan Layer @ TikTok kakshidabakery






Bahan Untuk Kek :

250 gram tepung spongemix

50 gram air @ susu full krim

1 sudu teh perisa pandan

1 sudu teh pewarna hijau

4 biji telur

50 gram minyak

 

Bahan Untuk Layer Kek @ Puding Kastard :

Bahan A :

550 gram air

10 gram serbuk agar-agar

150 gram gula

1 sudu teh garam

 

Bahan B :

250 gram santan

80 gram tepung kastard

½ sudu teh pewarna hijau

400 gram air pandan (daripada 5 helai daun pandan)

 

Cara Membuat Kek :

1. Campurkan tepung spongemix dan susu full krim dalam food processor.

2. Masukkan juga perisa pandan, pewarna hijau dan telur.

3. Putar selama 5 hingga 6 minit sehingga kembang dan gebu.

4. Ambil sedikit adunan dan masukkan dalam mangkuk.

5. Kemudian campurkan dengan minyak, kacau hingga sebati.

6. Campurkan adunan mengandungi minyak ke dalam bekas yang besar tadi.

7. Kacau menggunakan kaedah kaup balik agar adunan sebati.

8. Tujuan dikacau secara berasingan untuk mengelak minyak daripada mendap.

9. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 inci yang telah dialas dengan baking paper.

10. Bakar pada suhu 160 selama 30 hingga 35 minit atau bergantung pada oven.

 

Cara Memasak Puding Kastard :

1. Mula-mula kacau sebati semua bahan B dalam bekas.

2. Bahan B iaitu santan, tepung kastard, pewarna hijau dan air daun pandan.

3. Ketepikan dulu bahan B yang telah dikacau sebati.

4. Satukan bahan A iaitu air, serbuk agar-agar, gula dan garam dalam kuali.

5. Masak hingga mendidih. Kemudian tuangkan bahan B yang dikacau tadi.

6. Masak sehingga adunan menjadi pekat. Tutup api.

7. Terus layer ketika masih panas.

 

Cara Layer Kek :

1. Potong kek kepada 3 bahagian.

2. Mula-mula masukkan 4 senduk kastard dalam loyang dan ratakan.

3. Kemudian letak kek dan masukkan 2 senduk kastard.

4. Letak kek yang kedua dan masukkan 2 senduk kastard.

5. Letak kek yang terakhir dan masukkan kesemua kastard.

6. Biarkan sejuk selama 4 jam.

 

Nota :

1. Kisar 5 hingga 6 helai daun pandan untuk dapatkan air daun pandan.

2. Guna loyang saiz 8 x 8 untuk kek dan juga layer.


Rabu, 17 September 2025

Resipi Kari @ Gulai Udang



Bahan-bahan :

500 gram udang sederhana besar

2 sudu besar rempah kari ikan (bancuh dengan sedikit air)

1 sudu kecil halba campur

2 kuntum bunga lawang

1 batang kulit kayu manis

Setangkai daun kari

2 biji kentang (potong dadu besar)

1 cawan santan cair

2 cawan santan pekat

1 sudu besar bancuhan pati asam jawa

 

Bahan Tumbuk Halus :

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

2 cm halia

 

Cara Memasaknya :

1. Udang dibersihkan dengan cara belah bahagian belakang (tidak buang kulit).

2. Panaskan minyak dalam periuk. Masukkan halba campur, bahan tumbuk halus, daun kari, bunga lawang dan kulit kayu manis. Tumis sehingga naik bau.

3. Masukkan pula bancuhan serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.

4. Masukkan sedikit air jika kering. Kacau sehingga rempah bertukar warna sedikit gelap dan pecah minyak.

5. Masukkan kentang, air asam jawa dan santan cair. Masak sehingga kentang empuk.

6. Kemudian masukkan pula udang dan santan pekat. Masak sehingga mendidih. Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa.


Nota :

Udang tidak boleh direbus terlalu lama kerana nanti udang akan menjadi keras dan kurang enak.


Selasa, 16 September 2025

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan

Resipi Kek Marble Pandan


Bahan-bahan :

220 gram tepung kek

5 biji telur gred A

1/2 cawan susu cair

150 gram gula kastor

1 sudu kecil esen pandan

Sedikit pewarna hijau

150 gram mentega yang dicairkan

1 sudu penuh ovalet

 

Cara Membuatnya :

1. Kisar semua bahan di atas kecuali mentega.

2. Setelah tepung sebati dan kembang, masukkan mentega cair.

3. Pastikan mentega suam dahulu, tidak boleh terlalu panas.

4. Kacau secara kaup balik sehingga adunan sebati.

5. Ambil sedikit adunan jika nak tambah pewarna lagi.

6. Tuang dalam loyang 8x8 yang dialas dengan kertas minyak.

7. Buat deko mengikut citarasa sendiri.

8. Bakar pada suhu 130°C hingga 150°C mengikut ketuhar.

9. Masak selama 60 minit atau sehingga masak sepenuhnya.