Blog
Sajian Hati merupakan sebuah blog yang mengumpulkan pelbagai resipi masakan
tradisional hingga kini. Resipi-resipi ini diperoleh daripada keluarga terdekat
terutamanya ibu dan nenek. Selain itu, diperoleh daripada sahabat-sahabat yang
disayangi, jiran dan juga sumber lain iaitu melalui buku masakan dan juga di
internet.
Blog ini
lebih bersifat formal di mana penggunaan bahasanya lebih formal dan tiada
bentuk penceritaan daripada penulis sendiri. Blog ini diwujudkan adalah untuk
menjadi rujukan pada diri sendiri, keluarga dan juga berkongsi kepada pembaca.
Setiap
makanan pasti adanya nostalgia atau cerita yang tersendiri dalam hidup kita.
Jika melihat sesuatu makanan pasti kita akan teringat kembali kenangan
tersebut. Apatah lagi, bila melihat masakan yang selalu dimasak oleh ibu
tersayang yang telah kembali ke rahmatullah, pasti akan menggamit kenangan
sedih. Oleh itu, blog ini adalah wadah untuk saya menyimpan kenangan dan
kenangan tersebut hanya saya yang tahu.
Semoga
kewujudan blog ini dapat memberi manafaat kepada semua. Jika tersalah
menyampaikan atau kurang menjadi harap dimaafkan. Saya juga masih belajar dan
akan terus belajar memasak pelbagai masakan. Insyaallah. Jadi, sama-samalah
kita belajar dan saling berkongsi ilmu. Sekian, terima kasih.
JOM JOIN SAJIAN HATI
1. Telegram Sajian Hati 1 Klik Di Sini
2. Telegram Sajian Hati 2 Klik Di Sini
3. YouTube Klik Di Sini
4. Facebook Sajian Hati Klik Di Sini
maaf baru jumpa link balqish...done follow.
BalasPadam