Ahad, 16 Julai 2023

Semperit Milo Coklat Azlina Ina

 Semperit Milo Coklat Azlina Ina

Semperit Milo Coklat Azlina Ina

Semperit Milo Coklat Azlina Ina

Semperit Milo Coklat Azlina Ina

Bahan-bahan :

250 gram marjerin atau buttercup

½ cawan susu pekat

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar tepung kastard

3 sudu besar susu tepung (pilihan)

½ sudu besar tepung beras

400 gram atau secukupnya tepung jagung

½ sudu serbuk coklat

1 sudu serbuk milo

1 sudu besar Nutella (jika ada)

1 sudu kecil emulco coklat

Coklat chips (untuk hiasan)

 

Cara Membuatnya :

1. Kacau rata buttercup, susu pekat dan juga esen vanila.

2. Masukkan tepung kastard, susu tepung dan tepung beras. Kacau lagi.

3. Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

4. Bahagi kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian letak serbuk coklat, serbuk milo, Nutella dan emulco coklat.

6. Kacau rata hingga sebati.

7. Satu bahagian lagi biarkan dalam keadaan asal.

8. Masukkan kedua-dua bahagian dalam acuan semperit.

9. Tekan dan letakkan coklat chips di tengah.

10. Panaskan oven 170 darjah Celcius api atas bawah.

11. Masak selama 25 minit atau sehingga masak.

12. Angkat dan biarkan sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.

 

Nota :

1.Jika menggunakan marjerin, harus masukkan susu tepung agar lebih sedap.

2. Tambah tepung jagung jika adunan terlalu lembut.

 

Ahad, 9 Julai 2023

Biskut Campuran Gajus dan Badam

 



Bahan-bahan :

250 gram buttercup

¾ cawan gula halus

¾ cawan campuran serbuk gajus dan badam (dipanggang dan ditumbuk)

1 sudu teh esen vanilla

½ cawan tepung kastard

2 cawan tepung jagung

Tepung gandum secukupnya

1 biji kuning telur

Bijan hitam

 

Cara Membuatnya :

1. Pukul buttercup dan gula halus hingga kembang.

2. Masukkan esen vanila serta campuran serbuk gajus dan badam.

3. Masukkan tepung kastard dan tepung jagung.

4. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.

5. Canai dan terapkan adunan dengan acuan.

6. Sapu kuning telur dan taburkan bijan hitam.

7. Bakar hingga masak dan sedia untuk dihidang. 

 

Nota :

1. Biji gajus dan badam hendaklah dipanggang terlebih dahulu.

2. Kemudian ditumbuk sehingga hancur.