Memaparkan catatan dengan label Kelas Zoom. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kelas Zoom. Papar semua catatan

Ahad, 9 Januari 2022

Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Cara Membuat Roti Custard Oreo

Bahan-bahan :

200 gram air mineral @ biasa

1 biji telur gred B

30 gram marjerin

30 gram shortening

80 gram gula biasa

1 sudu kecil garam

500 gram tepung high protein

10 gram krim pelembut @ k-fine

11 gram yis

 

Bahan Untuk Custard :

6 sudu instant custard

12 sudu air ais

-  Bahan ini dikacau sampai sebati, masukkan dalam piping bag.

- Jika terlalu pekat, boleh tambahkan air.

 

Sapuan Atas Roti :

Gula aising

Air

- Campurkan kedua bahan ini dan dikacau sebati.

 

Bahan Lain :

Oreo (dipotong dua)

Oreo (dihancurkan)

 

Cara Membuat Roti :

1. Pertama sekali masukkan air ke dalam bread maker.

2. Pastikan masukkan cecair dahulu ke dalam bread maker.

3. Masukkan telur, gula, marjerin, shortening, garam dan juga krim pelembut.

4. Kemudian boleh masukkan tepung high protein.

5. Akhir sekali baru masukkan yis kering.

6. Yis kering tak boleh bercampur dengan garam kerana ia akan melemahkan yis.

7. Uli sehingga 30 minit guna bread maker dan jika guna tangan selama 1 jam.

8. Uli sehingga elastik dan tak lekat di tangan.

 

Cara Membentuk Roti :

1. Timbang doh sebanyak 50 gram dan bulatkan.

2. Ambil nozzle 1M dan balutkan dengan plastik.

3. Tekan dengan nozzle tersebut untuk membuat lubang di tengah roti.

4. Pastikan jangan sampai  putus di bawahnya.

5. Tunggu sampai doh agak kembang, baru letakkan custard di tengahnya.

6. Jika lubang semakin kecil boleh tekan lagi dengan lembut.

7. Sapukan permukaan doh dengan bancuhan gula aising dan air tadi.

8. Letakkan oreo yang dipotong dan taburkan biskut oreo.

9. Bakar pada suhu 160oC selama 13 minit.

 

Sabtu, 1 Januari 2022

Chocolate Layer Cake

Chocolate Layer Cake

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Resipi Chocolate Layer Cake atau Kek Lapis Coklat

Bahan Kek (Loyang 7 x 7)

160gram tepung spongemix

160gram telur (3-4 biji)

40gram susu coklat

1 sudu teh coklat emulco

40gram minyak jagung

1 sudu makan ovalatte

 

Bahan Coklat Layer 

Bahan A :

10gram serbuk agar-agar (1 paket)

500gram air panas

120gram gula pasir @ kastor

½ sudu teh garam halus


Bahan B :

700gram susu coklat

30gram tepung angkwee

30 gram tepung jagung

1 biji telur gred A/B

100gram dark coklat coin

 

Cara Membuat Kek :

1. Masukkan telur, tepung spongemix dan ovalatte dalam food processor.

2. Masukkan juga coklat emulco dan susu coklat .

3. Putar sampai gebu, guna sampai kelajuan 5. Tutup food processor.

4. Ambil sedikit adunan, masukkan minyak dan kacau sebati.

5. Masukkan adunan minyak ke dalam adunan kek semula dan sebatikan.

6. Guna loyang saiz 7, alas dengan baking paper (tak perlu sapu minyak).

7. Masukkan adunan kek dalam loyang, hentak 3 kali supaya kek tidak berongga.

8. Panaskan oven, bakar pada suhu 160 selama 30-35 minit.

 

Cara Memasak Bahan A :

Campurkan bahan A iaitu gula, garam, agar-agar ke dalam air panas.

Kacau dan ketepikan.

 

Cara Memasak Bahan B :

Susu coklat, tepung jagung, telur dan tepung angkwee dikacau menggunakan whisk.

Kacau sampai sebati dan tepung tidak berketul.

 

Cara Memasak Puding :

1. Masak atau panaskan dulu air agar-agar tadi hingga berbuih.

2. Kemudian tapis air coklat yang dibancuh dan masukkan dalam periuk agar-agar.

3. Kacau sehingga agak pekat, masukkan coklat coin.

4. Kacau sampai pekat dengan menggunakan api yang perlahan.

5. Masak sehingga meletup-letup iaitu keluar letusan dipermukaannya. Tutup api.

 

Cara Membuat Layer :

1. Potong kek kepada 3 layer. Pastikan kek sejuk dahulu sebelum dipotong.

2. Layer pertama 300gram sahaja. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Hentakkan.

3. Ambil kek layer pertama dan tekan.

4. Timbang lagi 250gram dan ratakan. Tak perlu hentak dan masukkan kek.

5. Timbang lagi 250gram dan ratakan. Letak kek dan tekan sikit.

6. Kemudian habiskan semua adunan puding.

7. Masukkan dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.

8. Nak keluarkan kek dari loyang, potong tepi kek dengan pisau.

9. Hentakkan sedikit bila hendak keluarkan kek.

10. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

 

Ahad, 28 November 2021

Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Resipi Bread Bowl Mushroom Soup

Bahan Asas Roti : 

210 gram air sejuk (air biasa + ais ketul) 

1 biji telur gred B 

100 gram gula castor 

1 sudu kecil garam

100 gram marjerin

10 gram k-fine @supercream

2 sudu besar susu tepung

500 gram tepung roti

1 paket yis (11g)

 

Sapuan Atas Doh :

2 sudu besar serbuk koko

2 sudu besar tepung beras

5 sudu besar air

 

Bahan Mushroom Soup :

3 sudu besar butter

3 ulas bawang putih (cincang)

1 labu bawang holland (potong dadu)

150 gram cendawan butang (dicincang)

150 gram cendawan shitake (dicincang)

150 gram cendawan tiram (dicincang)

1500 ml air

6 sudu besar tepung gandum

2 ketul kiub pati ayam @ rebusan ayam

500 ml susu segar @ 250 ml cooking cream

1 sudu kecil serbuk lada hitam

1 sudu kecil serbuk parsley @ oregano (daun parsley yang kering)

Garam secukupnya

 

Cara Membuat Roti :

1. Masukkan air sejuk, telur, gula, garam, marjerin dalam breadmaker.

2. Masukkan juga pelembut roti k-fine, susu tepung, tepung roti dan akhir sekali yis.

3. Pastikan masuk cecair dahulu baru masukkan bahan kering.

4. Uli selama 30 minit.

5. Timbang doh seberat 200 gram, rounding doh sampai licin dan cantik.

6. Buat bentuk bulat dan tekan sedikit untuk jadikan mangkuk.

7. Biar doh selama 10 minit, bagi kembang sedikit.

 

Cara Membuat Sapuan Atas Doh :

1. Campurkan serbuk koko, tepung beras dan juga air.

2. Kacau hingga sebati. Sapuan tidak boleh terlalu pekat atau terlalu cair.

3. Tambah lagi air jika bancuhan terlalu pekat.

4. Sapukan atas doh roti menggunakan berus.

5. Rehatkan lagi selama 20 – 30 minit hingga kembang.

6. Bakar pada suhu 160oC selama 15 minit.

 

Cara Membuat Mushroom Soup :

1. Panaskan butter, tumis bawang putih dan bawang holland hingga berbau wangi.

2. Masukkan cendawan butang, cendawan shitake, dan cendawan tiram.

3. Kacau hingga cendawan layu atau masak.

4. Tutup api dan biarkan sejuk.

5. Bancuh tepung gandum bersama 500ml air. Kacau bagi sebati.

6. Blend bahan yang ditumis tadi bersama bancuhan tepung gandum hingga hancur.

7. Masukkan dalam periuk, campurkan dengan air biasa 1 liter.

8. Letakkan kiub pati ayam atau rebusan ayam.

9. Masukkan juga serbuk lada hitam, serbuk parsley dan garam.

10. Akhir sekali masukkan susu segar @ cooking cream.

11. Masak sampai mendidih dan pekat.

12. Biarkan roti sejuk dahulu baru potong menggunakan pisau bergerigi.

13. Korek isi roti menggunakan sudu dan letakkan mushroom soup.

14. Sedia untuk dinikmati.