Khamis, 28 September 2023

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bingka Ubi Kayu

Bahan-bahan :

4 cawan ubi kayu parut

2 cawan santan pekat

1 cawan gula pasir

½ sudu kecil garam

Sedikit pewarna kuning

 

 Cara Membuatnya :

1. Panaskan ketuhar pada suhu 200 darjah Celcius, api atas dan bawah.

2. Parut ubi kayu dan sukat menjadikan empat cawan.

3. Masukkan semua bahan lain dan kacau rata sehingga gula hancur.

4. Tuang ke dalam loyang berukuran 8X8 inci dan ratakan permukaannya.

5. Masukkan loyang ke dalam ketuhar dan letakkan di rak paling bawah.

6. Bakar selama 1 jam – 1 ½ jam atau hingga bahagian atas bengkang keperangan.

7. Setelah masak, sejukkan lebih kurang 3-5 jam sebelum dipotong.

8. Kuih akan lekang dari tin pembakar apabila ia berada pada suhu bilik.

 

 Nota :

1. Boleh bakar lebih 2 jam atau mengikut tahap garing yang dikehendaki.

2. Boleh gantikan dengan santan kotak saiz kecil dan selebihnya masukkan air.

 

Isnin, 25 September 2023

Agar-agar Longan




Bahan-bahan :

30 gram agar-agar

4 ½ mug air

1 tin longan  

½ mug gula perang atau secukup rasa

Dua helai daun pandan (disimpul)


Cara Membuatnya :

1. Rebus agar-agar dengan 4 ½ mug air.

2. Masukkan juga air longan dan daun pandan yang disimpul.

3. Masak hingga agar-agar hancur.

4. Masukkan gula perang secukup rasa.

5. Potong kecil 5 biji buah longan, masukkan dalam agar-agar.

6. Masak sampai mendidih dan tutup api.

7. Susun buah longan dalam acuan, tuangkan agar-agar.

8. Sejukkan hingga agar-agar keras, sedia untuk dinikmati.

 

Ahad, 24 September 2023

Pati Air Sarbat @ Sirap Orang Dulu-dulu

Pati Air Sarbat @ Sirap Orang Dulu-dulu
 
Pati Air Sarbat @ Sirap Orang Dulu-dulu

Bahan-bahan :

1 liter air

1 batang kulit kayu manis

5 kuntum bunga cengkih

½ sudu teh garam

1 kg gula pasir

6 helai daun pandan (disimpul)

Pewarna sirap ros

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan air, bunga cengkih dan kulit kayu manis dalam periuk.

2. Masukkan juga daun pandan, gula dan garam.

3. Masak sampai gula larut, masukkan pewarna sirap ros.

4. Tunggu hingga mendidih dan agak pekat.

5. Tutup api dan biarkan sejuk.

6. Sirap sudah boleh digunakan untuk bancuh dan disimpan.