Jumaat, 24 April 2020

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Pisang Goreng Rangup

Sumber Resipi

Bahan-bahan :

Pisang  (hiris nipis 3 bahagian)
2 cawan tepung beras
4 sudu besar tepung jagung @ tepung ubi
Sedikit serbuk kunyit @ pewarna kuning
½ sudu kecil baking powder
1 biji telur
½ sudu kecil garam
300 ml air atau secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Satukan semua bahan di atas kecuali pisang.

2. Masukkan air secukupnya dan kacau sebati.

3. Adunan mestilah cair sekadar melekat tepung di pisang.

4. Bahagikan adunan tepung kepada dua bahagian.

5. Satu bahagian untuk celup pisang.

6. Satu bahagian lagi untuk dijadikan adunan tepung cair.

7. Celup pisang dalam satu bahagian dan goreng seperti biasa sehingga separuh masak.

8. Masukkan sedikit air ke dalam satu bahagian lagi bagi menjadikan adunan yang lebih cair.

9. Angkat sedikit tinggi dan curah adunan cair ke atas pisang yang sedang digoreng sehingga kekuningan.

10. Tepung cair akan melekat atas pisang goreng dan akan kelihatan menarik.

11. Kemudian dikacau dan dibalik-balikkan sehingga garing di kedua-dua permukaan.

12. Bolehlah diangkat dan dihidangkan ketika masih panas.

Khamis, 23 April 2020

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Homemade Keropok Lekor

Bahan-bahan :

10 ekor ikan termenung @ ikan selayang @ ikan sardin
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Garam
Serbuk perasa


Cara Membuatnya :

1. Siang ikan dan bersihkan seperti biasa.

2. Ambil isi ikan dengan mengasingkan tulangnya tanpa perlu direbus.

3. Kisar isi ikan dengan masukkan sedikit sahaja air, sekadar boleh dikisar.

4. Masukkan juga garam dan juga serbuk perasa. Kisar hingga isi ikan hancur.

5. Gaulkan isi ikan dengan tepung ubi, tepung gandum dan baking powder.

6. Gaul hingga sebati dan tidak melekat di tangan.

7.Taburkan sedikit tepung gandum dan uli doh bentuk memanjang.

8. Rebus doh yang siap diuli dalam air yang mendidih.

9. Rebus hingga ia terapung di permukaan air. Toskan dan biarkan sejuk.

10. Potong mengikut cita rasa anda dan bolehlah digoreng.

Rabu, 22 April 2020

Jagung Rebus Susu

Jagung Rebus Susu

Jagung Rebus Susu

Jagung Rebus Susu

Jagung Rebus Susu

Bahan-bahan :

5 tongkol jagung
1 tin susu cair
3 @ 4 sudu besar susu pekat (ikut citarasa)
2 sudu besar butter
1 sudu garam (ikut citarasa)


Cara Membuatnya :

1. Rebus jagung sampai empuk. Angkat dan toskan airnya.

2. Buang sedikit air rebusan jagung.

3. Tinggalkan lebih kurang secawan air rebusan jagung.

4. Campurkan dengan susu cair, butter, susu pekat manis dan garam.

5. Panaskan sekejap dan sesuaikan rasanya mengikut cita rasa anda.

6. Kemudian masukkan jagung yang direbus tadi.

7. Masak sehingga mendidih dan sebati.

8. Tutup api dan sedia untuk dinikmati.

Selasa, 21 April 2020

Homemade Cendol

Homemade Cendol

Bahan-bahan :

1 cawan tepung beras
1 sudu tepung jagung
3 cawan air pandan
Secubit garam
1 sudu kecil air kapur
Sedikit pewarna hijau


Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.

2. Masak sehingga kental dan berkilat.

3. Kacau selalu supaya tidak hangit.

4. Sediakan bekas yang berisi air sejuk.

5. Masukkan cendol ke dalam acuan maruku dan tekan ke dalam air sejuk.

6. Simpan sekali dengan airnya di dalam peti ais.

Isnin, 20 April 2020

Sate Ayam






Bahan untuk Perapan :

Isi ayam (potong kecil)
Lengkuas (potong kecil)
Serai (potong kecil)
Kunyit hidup
Halia
Bawang putih
Bawang merah
Sedikit cabai kering
Jintan manis
Jintan putih
Garam dan gula
Sedikit serbuk kunyit


Bahan untuk Bakar :

Serai
Madu
Minyak
Lidi sate (direndam dahulu)


Cara Membuat Bahan Perapan :

1. Masukkan lengkuas, serai, kunyit hidup, halia dan cabai kering di dalam pengisar.

2. Masukkan juga bawang putih, bawang merah, jintan manis dan jintan putih.

3. Kisar semuanya hingga hancur.

4. Campurkan bahan yang dikisar tadi bersama isi ayam di dalam bekas.

5. Masukkan serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa.

6. Perap ayam selama semalaman.

7. Kemudian cucuk isi ayam pada lidi sate.


Cara Membakar :

1. Pecahkan serai, letakkan campuran minyak dan madu.

2. Sapu pada sate yang dibakar.

3. Sate akan berbau wangi dan sedap.

Ahad, 19 April 2020

Jus Tembikai Kuning

Jus Tembikai Kuning

Jus Tembikai Kuning

Jus Tembikai Kuning

Bahan-bahan :

½ biji buah tembikai kuning (diambil isinya)
5 sudu gula pasir
Air sejuk secukupnya
Ais kiub secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan isi buah tembikai, gula pasir dan air sejuk ke dalam pengisar. 

2. Kisarkan sehingga halus, masukkan ke dalam jag.

3. Kacau sebati dan letakkan ais kiub secukupnya.

4. Sedia untuk dinikmati.

Sabtu, 18 April 2020

Jus Tembikai Kuning Bersusu

Jus Tembikai Kuning Bersusu

Bahan-bahan :

½ biji buah tembikai kuning (diambil isinya)
Susu pekat secukupnya
Air sejuk
Ais kiub


Cara Membuatnya :

1. Masukkan isi buah tembikai, susu dan air sejuk ke dalam pengisar. 

2. Kisarkan sehingga halus, masukkan ke dalam jag.

3. Kacau sebati dan letakkan ais kiub secukupnya.

4. Sedia untuk dinikmati.

Jumaat, 17 April 2020

Air Oren Ala-ala Vitagen


Bahan-bahan :

Oren sunquick dalam botol
Susu pekat manis
Air panas
Ketul ais secukupnya


Cara Membuatnya :

1. Masukkan susu pekat dan oren sunquick dalam bekas.

2. Kemudian tuang air panas.

3. Kacau hingga sebati.

4. Sesuaikan rasa mengikut kemanisan yang disukai.

5. Masukkan ketul ais secukupnya.

6. Sedia untuk diminum.

Khamis, 16 April 2020

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Bahan-bahan :

Ikan
Halia (potong halus)
Asam keping
Garam


Cara Membuatnya :

1. Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan garam seperti membuat ikan goreng.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus.

3. Letakkan asam keping dan taburkan halia.

4. Kukus selama 5 hingga 10 minit.

5. Tutup api dan sejukkan.

6. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan juga air asam.


Nota :

1. Ikan ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

2. Apabila hendak makan boleh goreng bila-bila masa sahaja.

3. Ikan ini sedap juga dibuat masak asam.

4. Tak perlu letakkan serbuk kunyit pada ikan.

Rabu, 15 April 2020

Apam Nasi Pandan

Apam Nasi Pandan

Apam Nasi Pandan

Apam Nasi Pandan

Apam Nasi Pandan

Bahan A :

2 cawan nasi sejuk
1 ½ cawan gula
2 cawan pati daun pandan


Bahan B :

1 ½ cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 paket yis mauripan
Sedikit pewarna hijau


Cara Membuatnya :

1. Kisar nasi bersama gula dan air pandan sehingga sebati dan halus.

2. Satukan tepung gandum, tepung beras dan juga yis mauripan.

3. Masukkan nasi yang dikisar tadi ke dalam campuran tepung.

4. Kacau hingga semuanya sebati.

5. Letakkan pewarna hijau agar kelihatan lebih cantik.

6. Perap selama satu hingga satu jam setengah.

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan agar tidak melekat.

8. Tuang adunan ke dalam bekas acuan tersebut.

9. Kukus selama 15 hingga 20 minit jika menggunakan acuan kecil.

Sabtu, 11 April 2020

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Cucur Nasi Ikan Bilis

Bahan-bahan :

2 cawan nasi
2 cawan air
1 biji bawang besar
1 batang cili kering
Ikan bilis
Udang segar
2 ½ cawan tepung gandum @ secukupnya
Daun sup dan daun bawang (dihiris)
1 biji ubi kentang (potong dadu)
Lobak merah (diparut kasar)
Sedikit garam
Sedikit gula
Minyak untuk menggoreng
.

Cara Membuatnya :

1. Masukkan nasi, air, ikan bilis, cili kering dan bawang dalam pengisar.

2. Kisar hingga semua bahan hancur dan halus.

3. Masukkan tepung gandum ke dalam bekas dan tuang bahan kisar tadi. Gaulkan.

4. Campurkan semua bahan hirisan, udang, garam dan gula secukup rasa.

5. Gaul hingga sebati dan pastikan doh agak pekat.

6. Jika masih lembut, masukkan lagi tepung gandum.

7. Panaskan minyak dan goreng kekuningan.