Ikan Lengat

Khamis, 16 April 2020

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Ikan Lengat

Bahan-bahan :

Ikan
Halia (potong halus)
Asam keping
Garam


Cara Membuatnya :

1. Gaul ikan yang telah dibersihkan dengan garam seperti membuat ikan goreng.

2. Susun ikan dalam periuk pengukus.

3. Letakkan asam keping dan taburkan halia.

4. Kukus selama 5 hingga 10 minit.

5. Tutup api dan sejukkan.

6. Kemudian goreng ikan tersebut sehingga garing.

7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan juga air asam.


Nota :

1. Ikan ini lebih tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk biasa.

2. Apabila hendak makan boleh goreng bila-bila masa sahaja.

3. Ikan ini sedap juga dibuat masak asam.

4. Tak perlu letakkan serbuk kunyit pada ikan.

4 ulasan:

  1. Alhamdulillah. Banyak juga saya jumpa resepi ikan lengat musim PKP ini. Kali ini, bubuh halia pula. Terima kasih atas perkongsian. Cantik betul ikan tu, nampak fresh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Macam-macam versi ada.. Pilih yang mana ikut selera :)

      Padam
  2. musim ikan pelaling dan kembung sekarang kan,kalau kat kg kak ana ini panggil ikan rebus walaupun sebenarnya di kukus :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang musim ikan kembung sekarang. Boleh buat ikan lengat jika tak habis makan :)

      Padam