Bahan-bahan :
7 biji pisang emas
1 cawan minyak
¾ cawan gula pasir
2 cawan tepung berserbuk penaik @ tepung kek
2 biji telur
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanila
Cara Membuatnya :
1. Ayak tepung bersama soda bikarbonat hingga sekata.
Ketepikan.
2. Blender gula, telur, minyak masak, pisang dan esen vanila
hingga kembang.
3. Masukkan bahan blender tadi ke dalam bekas tepung dan gaul
rata.
4. Sapukan loyang atau bekas dengan sedikit minyak agar kek
tidak melekat.
5. Setelah itu, tuangkan adunan kek ke dalam bekas.
6. Bakar sehingga masak. Kek akan bertukar kehitaman.
7. Cucuk dengan lidi atau batang sudu untuk memastikan kek
masak atau pun tidak.
8. Jika serpihan kek tidak melekat pada lidi, bermakna kek
tersebut sudah masak.
9. Sedia untuk dihidang dan dinikmati bersama keluarga.
Nota :
1. Jika tidak ada tepung berserbuk penaik, boleh gantikan
dengan tepung gandum dan dicampur dengan 1 sudu teh baking powder.
2. Jika mahu lebih manis, masukkan satu cawan gula. Jika mahu kurang manis boleh
masukkan ½ cawan gula.
lamanya tak buat kek pisang, nak malas sebab mulut nak makan dah kurang
BalasPadamNanti membazir pula, baik beli jer :)
PadamSedapnya kek pisang, terlioq! 🤤
BalasPadamCheq datang membalas kunjungan, dan follow sini sekali #307 😎
Terima kasih kerana sudi follow :)
Padamassalamualaikum... 1st time dtg sini, done follow.. jemput singgah dan follow blog saya juga ya... resepi ni? memang mabeles!!! :D
BalasPadamwaalaikumsalam...terima kasih sudi follow.. nanti saya akan singgah ke sana pula :)
PadamIngatkan kek secret resepi...
BalasPadamTak la.. kek biasa-biasa jer :)
Padamyummy...lama tak buat kek..tunggu anak balik dr kolej boleh la ajak buat kek pisang nanti
BalasPadamSeronok dapat makan ramai-ramai :)
Padamfollower ke 309, selamat berkenalan
BalasPadamTerima kasih sudi follow.. nanti saya follow kembali jika belum follow :)
PadamKek pisang memang sedap! Kalau makan tak pandai nak berhenti dah hihihiii.
BalasPadamYe ke... susah la begitu :)
Padam