Sabtu, 27 Mac 2021

Pizza Roti Gunting (Masak Dalam Kuali)

 




Bahan-bahan :

10 keping roti sandwich (potong dadu)

4 biji telur

Sedikit garam

Bawang besar (potong dadu)

Bawang putih (potong dadu)

Sosej (dipotong)

Sos prego tradisi

1 sudu mentega

Sos cili

Mayonis

Keju mozzarella

Sayuran (jika ada)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.

2. Masukkan sos prego, sosej dan juga sayuran yang disukai.

3. Masak hingga sayur lembut dan tutup api.

4. Gunting roti sandwich menjadi potongan dadu kecil.

5. Satu keping roti boleh mendapat 16 potongan dadu (ikut citarasa).

6. Pecahkan telur dalam bekas, masukkan sedikit garam.

7. Pukul telur bagi sebati dan tuangkan pada roti tadi.

8. Gaul hingga roti dan telur bersatu.

9. Panaskan kuali, masukkan mentega.

10. Biarkan mentega cair dan ratakan pada seluruh permukaan kuali. Tutup api.

11. Tuangkan roti yang bersalut telur. Susun agar memenuhi ruang kuali.

12. Kemudian letakkan sosej dan sayur yang telah dimasak tadi.

13. Letakkan juga sos cili dan mayonis.

14. Akhir sekali, taburkan keju mozzarella. Tutup dengan penutup kuali.

15. Masak dengan menggunakan api yang sangat kecil.

16. Apabila keju sudah cair, bolehlah tutup api.

17. Sedia untuk dinikmati. 


Ahad, 21 Mac 2021

Cara Membuat Roti Red Bean Spiral

 
Timbang doh 50 gram. 
 
Timbang inti kacang merah 25 gram (setengah berat doh) dan bulatkan.
Buat lubang pada doh dan masukkan inti kacang merah.

 
Tekan @ gelek memanjang.

 
Potong seperti dalam gambar. Pastikan putus di bahagian tengah sahaja.
Bahagian tepi atas dan bawah jangan putus. 

Gulung.

Gulung sampai habis kemudian pusing sikit seperti perah kain.

Masukkan dalam paper cup.

Sapukan kuning telur dan taburkan bijan hitam.

Roti Red Bean Spiral

Nak resipi roti?
Klik di sini

Sabtu, 20 Mac 2021

Cara Membentuk Roti Red Bean Beluncas Bulat

Timbang doh 50 gram.

Timbang inti kacang merah sebanyak 25 gram (setengah berat doh) dan bulatkan.
Buat lubang pada doh dan masukkan inti.

Tekan @ gelek memanjang

Potong seperti di atas. Pastikan putus di bahagian tengah sahaja.
Bahagian tepi kiri dan kanan jangan putus.

Lipat atau gulung.

Gulung sampai habis.

Masukkan dalam paper cup.

Sapukan kuning telur dan taburkan bijan hitam.

Roti Red Bean Beluncas Bulat

Nak resipi roti?
Klik di sini

Ahad, 14 Mac 2021

Cara Membentuk Roti Red Bean Beluncas Tegak

 Timbang doh 50 gram.

 
Timbang inti kacang merah sebanyak 25 gram (setengah berat doh) dan bulatkan.
 Buat lubang atau mangkuk pada doh dan masukkan inti kacang merah.
 

 
Tekan atau gelek memanjang.
 
 
Potong seperti di atas. Pastikan putus di bahagian tengah sahaja. 
Bahagian tepi kiri dan kanan jangan putus. 

 
Lipat atau gulung.
 
 
Gulung sampai habis.
 
 
Letakkan dalam paper cup
 
 
Sapukan kuning telur dan taburkan bijan hitam.
 
 
Roti Red Bean Beluncas Tegak

Nak resipi roti?
Klik di sini

Rabu, 10 Mac 2021

Cara Membentuk Roti Red Bean Bunga Lipat

Timbang doh 50 gram.
 
      
 Timbang inti kacang merah sebanyak 25 gram (setengah doh roti) dan bulatkan.
Buat mangkuk atau lubang pada doh dan masukkan inti kacang merah.
 
Masukkan dalam paper cup dan tekan sikit.
 
Gunting doh seperti dalam gambar.

Lipat bagi tersembul inti di atasnya.
 
Lipat sampai habis seperti dalam gambar.
 
Sapukan kuning telur dan taburkan bijan hitam.

Roti Red Bean Bunga Lipat

Nak resipi roti?
Klik di sini

Ahad, 7 Mac 2021

Cara Membentuk Roti Red Bean Bunga Gunting

 
Timbang doh 50 gram.
 
 
 
Timbang inti kacang merah sebanyak 25 gram (setengah doh roti) dan bulatkan. 
Buat mangkuk pada doh dan masukkan inti kacang merah.
 

 
Masukkan dalam paper cup dan tekan sikit.
 
 
 
Gunting doh seperti dalam gambar.
 

 
Letak kuning telur dan taburkan bijan hitam.

 
Roti Red Bean Bunga Gunting 
 
Nak resipi roti?
 Klik di sini
 

Sabtu, 6 Mac 2021

Air Koktel (Longan, Nata de Coco dan Jelly)

 
 
 



Bahan-bahan :

1 ½ tin susu cair

Nata de coco perisa strawberi (saiz kecil)

1 tin longan

1 bungkus jelly buah-buahan (potong dua atau empat)

Secubit garam

 

Cara Membuatnya :

1. Masukkan semua bahan dalam satu bekas.

2. Masukkan bersama air longan dan juga air nata de coco.

3. Kacau hingga sebati.

4. Masukkan ketul ais secukupnya.

5. Sedia untuk dinikmati.