Memaparkan catatan dengan label Azlina Ina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azlina Ina. Papar semua catatan

Ahad, 2 Jun 2019

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Tart Nenas Cheese Viral Azlina Ina

Sukatan Adunan Jualan

Bahan A :

10 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
5 sudu besar tepung kastard
5 sudu besar tepung susu


Bahan B :

500 gram butter premium @ buttercup
250 gram cream cheese tatura
8 sudu besar susu pekat
4 sudu besar minyak sapi ghee
3 biji kuning telur
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning


Bahan Sapuan Atas Tart :

3 biji kuning telur
Sedikit susu segar
Pewarna kuning
Parutan keju cheddar Beqa



Cara Membuatnya :

1. Kacau sebati bahan B di atas dengan menggunakan senduk.

2. Kemudian masukkan susu tepung dan kacau.

3. Masukkan dulu 3 cawan tepung gandum dan 2 sudu besar tepung kastard.

4. Diikuti 2 sudu besar tepung jagung dan kacaukan dulu bagi sekata.

5. Tuang baki tepung kastard dan tepung jagung.

6. Kemudian tuang tepung gandum tadi sedikit demi sedikit.

7. Sambil menguli kalau rasa lembut sangat boleh tambah tepung gandum lagi.

8. Sediakan jem nenas yang sudah digentel.

9. Masukkan sikit adunan doh ke dalam acuan tart dan tekan nipis.

10. Letak jem dan gulungkan.


Cara Membuat Sapuan Atas Tart :

1. Campurkan kuning telur, susu segar dan juga pewarna kuning.

2. Kacau hingga sebati dan sapu atas tart.

3. Kemudian taburkan keju cheddar Beqa yang telah diparut.

4. Panaskan ketuhar suhu 170oC selama 5 minit.

5. Masukkan tart dan bakar suhu 160oC masa 25 minit.

6. Jika permukaan tart berwarna keemasan bermaksud sudah masak.

7. Keluarkan dari ketuhar, biarkan sejuk dulu dan susun dalam balang.

Biskut Butter Cheddar Azlina Ina

Biskut Butter Cheddar Azlina Ina

Biskut Butter Cheddar Azlina Ina

Biskut Butter Cheddar Azlina Ina

Biskut Butter Cheddar Azlina Ina

Bahan-bahan :

300 gram butter @ marjerin
1 cawan gula perang lembut
Sedikit esen vanila
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung emplex (perangup biskut) @ tepung beras
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil baking powder
5 sudu besar serbuk badam
5 sudu besar susu tepung
1 cawan cheddar Beqa (diparut)
4 cawan tepung gandum
Cheddar Beqa diparut (untuk hiasan)


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, gula perang, esen vanila dan kuning telur.

2. Kacau sebati bahan tersebut menggunakan whisk atau senduk.

3. Masukkan tepung emplex atau boleh gantikan dengan tepung beras.

4. Masukkan juga tepung jagung, baking powder, serbuk badam dan susu tepung.

5. Gaul hingga rata dan tambahkan cheddar parut ke dalam adunan.

6. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

7. Jika adunan masih lembut, tambahkan tepung gandum.

8. Uli hingga mendapat doh mengikut keselesaan atau sesuai untuk diterap.

9. Terap dengan acuan yang anda sukai.

10. Sapu kuning telur dan tabur cheddar parut di atasnya.

11. Bakar pada suhu 180oC selama 20 minit atau sampai masak.

Selasa, 21 Mei 2019

Semperit Kastard Klasik Azlina Ina

Semperit Kastard Klasik Azlina Ina

Semperit Kastard Klasik Azlina Ina

Semperit Kastard Klasik Azlina Ina

Semperit Kastard Klasik Azlina Ina

Bahan-bahan :

250 gram butter @ 1 ¼ cawan butter
½ cawan susu pekat @ gula ising
Sedikit esen vanila
Sedikit pewarna kuning
2 biji kuning telur
2 cawan tepung kastard
1 ½ cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, susu pekat, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kacau hingga sebati menggunakan whisk atau senduk.

3. Kemudian masukkan kuning telur dan kacau lagi.

4. Masukkan tepung beras, tepung kastard dan tepung jagung.

5. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.

6. Jika masih melekat pada tangan, tambahkan tepung gandum secukupnya.

7. Guna acuan semperit pecah 15. Tekan atas dulang yang disapu butter.

8. Letak ceri merah di tengah biskut.

9. Bakar pada suhu 170oC selama 25 minit atau bergantung pada jenis ketuhar. 

Isnin, 18 Jun 2018

Biskut Tat Nanas Susu Gold Azlina Ina





Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina

Bahan-bahan :

1 cawan butter
3 sudu besar besar susu pekat manis
2 sudu besar minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
3 ¼ cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastard


Cara Membuatnya :

1. Campurkan butter, susu, minyak sapi, kuning telur, esen vanila dan pewarna kuning.

2. Kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu.

3. Masukkan satu cawan tepung gandum ke dalam adunan butter.

4. Letakkan juga tepung jagung dan tepung kastard. Kacau rata.

5. Kemudian tuang baki tepung sedikit demi sedikit.

6. Uli dalam 3 minit sehingga menjadi doh yang lembut dan cantik.

7. Terap ikut acuan kesukaan, isi jem dan gulung.

8. Sapu dengan kuning telur yang ditambah sedikit pewarna kuning.

9. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oC selama 15 minit.

Biskut Arab Azlina Ina





Sumber Resipi :
Facebook Azlina Ina

Bahan Untuk Biskut :

1/2 cawan minyak sapi
1 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu tepung
1 1/4 cawan tepung gandum cap Ros


Bahan Untuk Menyalut :

1/2 cawan gula aising
1/4 cawan susu tepung


Cara Membuat Biskut :

1. Campurkan minyak sapi, gula halus dan susu tepung.

2. Kacau rata adunan dengan menggunakan senduk.

3. Ayak tepung gandum dan masukkan satu cawan dahulu ke dalam adunan.

4. Kemudian, tambah sedikit demi sedikit tepung sambil mengguli.

5. Uli hingga menjadi doh yang lembut dan boleh dibentuk.

6. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan.

7. Hias dengan ceri merah atau hijau yang telah dipotong.

8. Panaskan ketuhar, bakar pada suhu 170oc selama 15 minit api atas dan bawah.


Cara Menyediakan Bahan Untuk Menyalut :

1. Masukkan biskut dalam cawan kertas.

2. Satukan susu tepung dan gula aising. Kacau hingga sekata.

3. Taburkan ke atas kuih hingga cukup rasa manisnya.

4. Sedia untuk dihidang.