Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Daging. Papar semua catatan

Isnin, 15 Ogos 2022

Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Resipi Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Daging Perap Lada Hitam Periuk Noxxa

Bahan-bahan :

500 gram daging

2 inci halia (ditumbuk kasar)

 

Bahan Perapan :

3 sudu besar sos lada hitam

2 sudu besar sos tiram

2 ulas bawang putih (dikisar)

Secubit garam

Sedikit serbuk perasa

 

Cara Membuatnya :

1. Campurkan semua bahan dan perap selama 1 jam.

2. Masukkan daging yang diperap ke dalam inner pot. Tutup periuk.

3. Tekan MEAT, setkan masa 40 minit.

4. Apabila periuk berbunyi beep, tekan CANCEL. Laras tombol ke arah STEAM untuk lepaskan tekanan wap.

5. Selepas bunyi berdesir berhenti, buka tudung periuk dengan perlahan.

6. Kemudian tekan STIR FRY untuk mengeringkan airnya.  Apabila sudah kering, tekan CANCEL dan tutup suis.

7. Sedia untuk dinikmati bersama keluarga tersayang.

 

Sabtu, 29 Jun 2019

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan :

1 kilo daging (dipotong)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar cili kisar
1 sudu perencah sup
1 keping asam gelugur
Buah tomato (dipotong)
Kicap secukupnya
Sedikit garam
Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan juga bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

3. Tumis hingga bawang kekuningan dan berbau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan biarkan sebentar.

5. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya.

6. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging lembut.

7. Apabila daging lembut, masukkan perencah sup dan asam keping.

8. Letakkan  kicap secukupnya dan buah tomato.

9. Perasakan dengan sedikit sahaja garam kerana kicap sudah masin.

10. Tunggu hingga mendidih, taburkan daun sup dan daun bawang.