Daging Masak Kicap Simple

Sabtu, 29 Jun 2019

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Daging Masak Kicap Simple

Bahan-bahan :

1 kilo daging (dipotong)
4 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia (ditumbuk)
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
5 sudu besar cili kisar
1 sudu perencah sup
1 keping asam gelugur
Buah tomato (dipotong)
Kicap secukupnya
Sedikit garam
Daun sup dan daun bawang (dihiris)


Cara Membuatnya :

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan yang ditumbuk.

2. Masukkan juga bunga lawang dan juga kulit kayu manis.

3. Tumis hingga bawang kekuningan dan berbau wangi.

4. Masukkan cili kisar dan biarkan sebentar.

5. Kemudian masukkan daging dan air secukupnya.

6. Masak dengan menggunakan api perlahan hingga daging lembut.

7. Apabila daging lembut, masukkan perencah sup dan asam keping.

8. Letakkan  kicap secukupnya dan buah tomato.

9. Perasakan dengan sedikit sahaja garam kerana kicap sudah masin.

10. Tunggu hingga mendidih, taburkan daun sup dan daun bawang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan