Bahan-bahan :
250 gram buttercup @ marjerin
¾ cawan gula halus
1 biji kuning telur
½ cawan serbuk koko
1 cawan tepung jagung
2 ½ cawan tepung gandum
Cara Membuatnya :
1. Pukul buttercup dengan gula menggunakan senduk kayu hingga
sebati.
2. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3. Masukkan serbuk koko dan gaul bagi sebati.
4. Kemudian masukkan tepung jagung.
5. Akhir sekali, masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
6. Pastikan adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu
keras.
7. Terapkan adunan mengikut cita rasa anda.
8. Sapukan putih telur dan tabur coklat rice sebagai hiasan.
9. Bakar pada suhu 170oC selama 30
minit atau mengikut jenis ketuhar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan